Pages

Wednesday, April 18, 2012

Simpan Dalam Hati...

Salam alayk...

Semalam aku jd anak cengeng lagi...xmampu nk luah dgn kata-kata, makanya aku luah dgn tangisan pd Allah...
Aku mahu luah, tp aku belum mampu, entah kenapa...makanya aku pilih utk simpan dlm hati...

As usual, aku pasti dpt panggilan nun jauh dr Indonesia...mama akan tanya itu ini, akan menelefon walau sekadar cuma utk tau kondisi aku di sini...dan kondisi rumah juga...dan mlm itu, spt biasanya aku igt mama yg call, tp tetiba dgr suara ayah...mcm satu kejutan...aku terdiam seketika...cuba mencr kekuatan utk kedengaran tidak janggal apabila berckp dgn ayah...

Aku selalunya tidak akan rs janggal begini, tp dek peristiwa yg berlaku...iya, aku akui...kesimpulannya aku yg bersalah wpun ada bhagian yg aku betul juga, cuma biarlah aku beralah utk mengaku salah...xbermakna beralah itu aku kalah...tp mengajar aku untuk tau erti rendah diri dan menjaga amanah...disebabkan peristiwa itu ada pertelingkahan antara aku dan ayah...yg menyebabkan aku hari-hari ditemani air mata bersalah...mmg aku kasar sifatnya, bukan lemah lembut gadis ayu manis tutur bicara...tp aku lebih rela dinasihati dan diberi peluang utk didengari drpd aku terus dilabel bersalah dan dimarahi terus-terusan tanpa pembelaan...sungguhpun begitu, aku akui, sekasar dan sekeras mana pun aku, pendekatan dgn pujukan dan nasihat itu lbh mudah aku cerna dan hadam serta membuatkan aku mampu utk diam...

Bbrp hr tidak mendgr suara ayah di telefon membuatkan aku sungguh-sungguh jauh hati...fikiran kurang waras aku terus menerus menyalahkan org lain atas apa yg berlaku...mmg kurang waras betul aku waktu itu, salah sendiri apa tidak mahu diakui?...sehingga membiarkan hari-hari yg dilalui terbazir begitu saja...aku rindu mahu bercanda mesra, berbual manja bersama ayah dan mama, tp krn kurang warasnya aku waktu itu, aku cuma simpan dlm ht dan membw diri...


~ Ayah yg sentiasa ada utk aku, tp kerana mengikut rajuk ht, aku sanggup berdiam diri ~

Disebabkan bbrp hr yg menjeruk rs itu (rs jeruk pun lbh enak barangkali), apabila tiba-tiba mendengar suara ayah aku jd janggal dan hilang bicara...mau berkongsi segala mcm cerita tp yg mampu aku lakukan hanya jawab sepatah-patah apa yg ayah tanya...

Andai ayah berdiam diri itu tandanya ayah berkecil hati...tp andai ayah sudah mula bersuara itu tandanya mmg ayah marah...antara ayah dan mama...mmg aku akui, aku lbh takutkan ayah sbnrnya...iya..takut...tp hormat itu mmg utk keduanya...wpun mama lbh garang drpd ayah, wpun mama lbh byk marah drpd ayah dan wpun kegarangan mama itu menggerunkan, tp aku lbh takut andai ayah marah...ayah jarang benar mahu marah, kalau mama marah, pasti ayah yg lebih tenang dan akan menenangkan mama...makanya kalau tetiba ayah marah, itu mmg sangat menakutkan...

Kadang-kadang aku spt anak lelaki ayah...kalau mahu buat itu atau ini, ayah akan ajak aku drpd along...kalau mahu servis kereta, hatta ke car wash cuma, pasti ayah ajak aku berbanding along...aku benar-benar mahu berbicara dgn ayah, dgn mama jg, dan luahkan sgl rs bersalah aku, rs rindu aku...aku mahu hamburkan sgl penyesalan, kesedihan dan memohon kemaafan krn mencalarkan hati ayah dan mama dgn ketidakwarasan aku tempoh hari...namun sampai hr ini, aku masih belum mampu luahkan dan cuma simpan dlm ht...

~ I  miss my dad! ~

Aku tahu betapa ayah mahu memberikan segala kesenangan dan kemewahan utk aku...supaya aku takkan merasakan sgl kesusahan yg pnh ayah lalui...aku juga tahu betapa ayah menggagah diri utk memerah kudrat di usia yg semakin meningkat hari ke hari hanya utk membuatkan keluarga mampu tido lena di malam hr dgn perut yg berisi dan suka hati...penat dan lelah mcmanapun, ayah xpnh luah tp hanya simpan dlm ht...walau ayah xluah, tp aku tau, aku dpt rs...sbb aku anak ayah...wpun aku anak ayah yg slalu je ada nk lawan kata, tp sampai bila-bila pun, aku akan tetap sayang dan hormat ayah...sbb mmg aku anak ayah!

 ~ Tak sabar mau berlari pd peluknya ~

Tak sabar mahu tunggu tarikh itu...aku mahu dakap ayah dan mama, aku mahu nangis puas-puas...aku mahu mohon maaf byk-byk...aku mahu mengaku aku masih anak mama ayah yg cengeng dan masih terus begitu...aku sudah tidak mahu simpan dlm ht...!

~ Nikmat yg Allah beri yg xmampu utk aku tukar ganti walau dgn apa pun...moga aku bisa menggenggam ijazah sarjana kelak dan menggembirakan mama dan ayah ~


**Utk kamu...andainya kamu menjenguk blog aku ini, aku tidak mahu simpan dlm ht lg...aku mau beralah dan  hapuskan segala sengketa dan rasa yg menggugah kegembiraan dan ketenangan hatiku...aku minta maaf andai aku melukakan kamu...ketidakwarasan aku membuatkan aku buta pd kebenaran dan kesabaran, oleh itu, maafkan aku.