Pages

Monday, March 5, 2012

Surat Untuk AKU,KAMU dan DIA...

Salam alayk...

Dek rasa yg hanya Allah shj yg mengetahui...tetiba tangan terasa laju utk menulis ilham yg sedang melimpah-limpah kluar...sekadar coretan moga-moga memberi manfaat...

Assalamualaikum wbt,

Apa kabar imanmu di saat ini wahai aku, kamu dan dia? Semoga Allah masih memelihara aku, kamu dan dia utk masih memiliki nikmat iman dan Islam. Moga aku, kamu dan dia tidak mudah lalai dan terleka dgn tanggungjawab kita sbg seorang hamba Allah dan juga seorang yg bergelar anak. Hari ini tiba-tiba ada hal penting yg perlu dituliskan utk aku, kamu dan dia supaya aku, kamu dan dia tidak terus tersasar. Surat ini anggaplah sbg bingkisan cinta utk mengingatkan aku, kamu dan dia tentang apa erti bergelar hamba dan anak agar aku, kamu dan dia sentiasa dalam keredhaan Allah. Tetapi aku, kamu dan dia jgn terlupa, keredhaan Allah itu letaknya pada keredhaan ibu bapa, andai aku, kamu dan dia membuat hal sekecil apa pun sehingga mengguris hati ibu bapa dan mereka tidak redha ke atas aku, kamu dan dia, maka redha Allah juga tidak akan bersama aku, kamu dan dia....ingat tentang itu wahai aku, kamu dan dia!

Wahai aku, kamu dan dia...
Cubalah aku, kamu dan dia rajin-rajinkan diri utk membelek dan memahami kalam Allah yg sungguh indah drpd sgl apa pun kata-kata yg terindah di dunia ini. Hayatilah akan kalam Allah yg meletakkan kedudukan ibu bapa di tempat yg mulia yg wajib utk aku, kamu dan dia berbuat baik kpd mereka. Firman Allah dalam Surah Al-Isra' ayat ke-23, "Dan Tuhanmu perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun berkata "ah" dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)."  

Nah, tidakkah aku, kamu dan dia memahami firman Allah itu bahawa tuntutan berbuat baik kepada ibu bapa adalah satu perintah Allah yang wajib diikuti. Berbuat baik maknanya luas, termasuklah bersikap lemah lembut, berbudi bahasa, tidak berlaku kasar, malah selalu mengingati dan menghargai pengorbanan yang mereka berikan kpd aku, kamu dan dia selama ini. Ibu bapa bersusah payah memelihara dan menjaga anak siang dan malam, tanpa mengira waktu, tenaga, perasaan serta wang ringgit demi memberikan yang terbaik dan ingin melihat aku, kamu dan dia menjadi seorang yang terbaik. Malah, jika diteliti tuntutan berbuat baik kepada ibu bapa diberikan keutamaan dalam al-Quran, kerana perintah berkenaan digandingkan dengan perintah tauhid kepada Allah.

Andaikata aku, kamu dan dia sudah berumahtangga, itu tidak bermakna aku, kamu dan dia terlepas tanggungjawab utk berbakti kpd ibu bapa. Andai Allah menguji aku, kamu dan dia dgn segala kepayahan, kesakitan, haruslah aku, kamu dan dia mengerti dan tidak berputus asa malah berdoalah tanpa jemu kpd Allah. Sekiranya aku, kamu dan dia bergelar seorang suami, maka janganlah aku, kamu dan dia berasa bongkak dan lupa diri kerana mengambil alih tanggungjawab menjd pembimbing dan penjaga drpd ibu bapa isteri aku, kamu dan dia dgn sewenang2nya menyalahgunakan kuasa dan hak sbg suami kpd si isteri. Sekiranya pula aku, kamu dan dia bergelar seorang isteri, janganlah pula aku, kamu dan dia melupakan ibu bapa dan hanya sepenuhnya berkhidmat utk si suami. Andainya ibu bapa aku, kamu dan dia memerlukan perhatian dan penjagaan, haruslah aku, kamu dan dia memberikan bantuan kpd ibu bapa dan janganlah aku, kamu dan dia mengabaikan tanggungjawab kpd ibu bapa dgn alasan sudah bergelar isteri dan mementingkan kepentingan suami semata-mata sehingga membuatkan air mata ibu aku, kamu dan dia mengalir.

Lupakah aku, kamu dan dia pd pengorbanan seorang ibu?Tidak bolehkah aku, kamu dan dia meluangkan hatta sedikit waktu cuma utk meneman sang ibu yg sedang xberdaya menahan sakit seluruh tubuhnya?Andai aku, kamu dan dia mahu melebihkan seseorang yg memang halal utk aku, kamu dan dia tetapi mengabaikan sang ibu, adakah aku, kamu dan dia kira perbuatan sebegitu tidak mengapa dan aku, kamu dan dia tidak mendapat kemurkaan Allah? Ingatlah wahai aku, kamu dan dia, jika mahu dibandingkan nilai pengorbanan ibu bapa ter hadap aku, kamu dan dia dgn kebaikan aku, kamu dan dia kepada ibu bapa, memang tidak terbanding, malah sangat jauh perbezaannya. Marilah aku, kamu dan dia melihat sejenak kisah seorang ibu, yang sanggup melakukan apa shj demi seorang anak, bersengkang mata sehingga pagi jika si anak tidak lelap tidur, tidak jemu dan berhenti menyusukan si anak sehingga kenyang, bahkan sehingga pemakanan dan pakaian si anak juga diutamakan. Tetapi alangkah sedihnya apabila si anak belum tentu mendahulukan ibu bapanya.



Wahai aku, kamu dan dia yg bijaksana,

Renungkan dan fahamilah firman Allah dalam Surah Luqman ayat ke-14, “Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” Andai mahu dituliskan ayat-ayat Al-Quran tentang ibu bapa, sudah pastilah surat ini menjadi begitu berjela-jela dan melelahkan aku, kamu dan dia untuk membaca, barangkali boleh menghilangkan rasa minat pula utk aku, kamu dan dia terus membaca. Oleh itu, surat ini sekadar rasa cinta utk mengingatkan aku, kamu dan dia supaya tau menghargai ibu bapa. Ambillah seberapa waktu utk muhasabah diri aku, kamu dan dia dgn menatap dan mentadabbur isi Al-Quran yg ckup indah dan dijadikan pegangan hidup aku, kamu dan dia sepanjang masa.


Andainya ibadah aku,kamu dan dia kepada Allah xterhitung banyaknya, dgn segala solat sunat, witir dan zikir yg begitu xterkira jumlahnya, tetap tidak akan berguna jika aku, kamu dan dia mengabaikan ibu bapa dan mengguris hati mereka. Janganlah biarkan kekhilafan seperti ini memamah segala amal kebaikan aku, kamu dan dia menjadi sia-sia cuma. Wahai aku, kamu dan dia yg disayangi, sekiranya bingkisan kasih yg dicoretkan di sini melukakan hati aku, kamu dan dia, maka seluas kemaafan dipohon kerana coretan ini bukanlah utk mengguris rasa dan mencalar hati aku, kamu dan dia, tetapi hanya sbg renungan dan ingatan tanda kasih sayang yg tiada penghujungnya. Setiap hamba Allah yg bergelar manusia itu sentiasa melakukan kesilapan, tetapi jgnlah biarkan diri aku, kamu dan dia terus-terusan dalam kesilapan, perbaikilah apa yg sepatutnya dan berubahlah menjd insan yg lebih baik drpd sebelumnya. 

Dengan izin Allah, menggunung doa dipanjatkan agar Allah sentiasa membimbing aku, kamu dan dia kpd kebenaran, kebajikan dan saling ingat mengingati supaya aku, kamu dan dia mampu menjd hamba Allah yg soleh dan solehah, juga menjd anak yg berbakti kpd ibu bapa, amin ya rabbal 'alamin.
Wassalam.

Thursday, March 1, 2012

Alahai RASA...

Salam alayk...

Entah sudah brapa kali menangguh utk menulis...alasan biasa, xckup masa utk bercerita di blog...mana mungkin masa itu akan ckup kalau sbg manusia tidak tau utk menghargai dan menggunakannya dgn bijaksana...*iya..udah ingatkn diri berjuta2 kali...hargai masa..gunakan sepenuhnya!

Thn 2012 walaupun masih br 3 bulan menjengah, sudah ckup byk peristiwa dan kisah yg aku lalui...ditambah pula dgn begitu byk undangan walimah dr shbt2 zaman sek ren, sek men hinggalah zaman universti (UIA), kalau UPM setakat ni blum ada lg sbb kbykn kwn2 dh berumahtangga...ada yg dpt dihadiri, ada yg xdiizinkan Allah utk pergi..wpun sedaya upaya dh cuba allocate masa n save da date...xberkesempatan nk hadir...mohon maaf pd kwn2 yg sudi menjemput tp aku xdpt menghadirkan diri...moga Allah memberkati perkahwinan kalian, moga dilimpahi dgn keberkatan, kebahagiaan dan dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah, insyaAllah...

Memasuki trimester ke 2 di UPM, rasa janggal bergelar pelajar master bkn di UIA sudah hilang spnuhnya...namun kerinduanku sbg salah seorg ex-student UIA xdpt dibendung...dek rindu yg amat sgt, dpt berborak santai dgn salah seorg student yg masih di UIA tu pun jd la...dan mmg aku sbnrnya sdg sgt rindu pun dgn ukhti yg seorg ini...terigt waktu di UIA dulu, sgl mcm rasa dan peristiwa kami kongsi bersama2...sehingga ke hr ni pun...sgl rasa yg berkecamuk, bercampur aduk dlm hati ni aku kongsi dgn dia...wpun ukhti ini lbh muda...tp kdgkala, nasihat dan kata2 yg dilontarkan pd aku mcm aku pula yg jauh lbh muda! **ooopsss...yana comey...bg akak can rasa muda skali skala ye!

Melihat pd ramainya teman2 yg sudah bernikah dan mau bernikah...adalah mustahil utk aku nafikan yg aku pun turut terasa sama utk cepat2 abiskn master, kerja dan berkahwin juga...rasa ini wpun cuba utk aku bendung - konon2 nk bg fokus spnuhnya hnya pd study dan tunaikan impian mama ayah...alasan semata2!...kdgkala hadir juga menganggu emosi...tp itu cuma rasa yg xsemestinya perlu aku ikut dan turut sehingga blh menyebabkn impian yg byk belum tertunai terkubur mcm tu je...insyaAllah..andai aku bahagiakn mama dan ayah, membuat mereka redha ke atas diriku...pasti Allah akan redha juga atasku dan menghadirkn pendamping hidup yg terbaik utk aku...insyaAllah...insyaAllah..insyaAllah...

 
 ~ cik adik...akak rindu kamu..jgn bosan berkongsi rasa dgn akak ye... ^_^ ~

Saturday, December 31, 2011

SALE!!!Kek Lapis...

Salam alayk...

Ini bukan bisnes sendiri tp sekadar membantu my cuzin yg sdg berusaha menaikkan taraf ekonomi keluarga coz dia seorg ibu tunggal dan setakat hr ni her ex xpnh pun bg nafkah utk anak2 yg seramai 4 org...

Kalau anda nk membantu...tolong la juga promote pd kwn2 dan sdara mara...insyaAllah...dijamin halal, bersih dan sedap!
Setakat ni ada 3 jenis perasa: 1. ASAM MANIS 2. PRUNE 3. REMPAH
InsyaAllah, akan menyusul kek lapis Pelangi Horlicks.

Harga:
- RM22 utk 350gm++
- RM72 utk 1.5kg++ or seloyang (seloyang ni bersamaan dgn 4 biji kek yg berharga RM22)

~ ni saiz utk kek RM22(4 kali saiz ni utk kek RM72) ~


~ kek lapis asam manis ~

~ ikut putaran jam(L to R): kek lapis pelangi (akan dtg), asam manis, prune (rempah lupa ambk pic) ~

Untuk setiap order yg melebihi 2 biji kek (yg kecil or seloyang) akan diberikan diskaun.

Self pick-up: No 13, Jalan 12/7, Taman Cheras Jaya, Fasa 4, 43200 Cheras, Selangor.
Delivery only area Shah Alam (weekdays & weekends) and KLCC(weekdays only).

Contact no: Syaz (017-2846807) or Azie (016-2779180)

Tuesday, December 20, 2011

Bila CINTA didusta...

Salam alayk...

Kerinduanku utk menulis di blog semakin membuak2...kebatasan waktu membuatkan diri xmampu nk share sgl mcm post yg terperuk dlm kotak draft...xmengapa...kalau Allah izin...dpt juga la kesempatan nk post...kalau msh belum diizinkan...biarlah di situ dulu...mgkin ada kebaikan yg masih tersembunyi...

Segala mcm hal yg berlaku dlm kehidupan...ada yg sedih, ada yg duka, ada yg kecewa, malah ada yg benci....tetapi Allah tidak biarkan segala rasa itu trus2an menjalar dan membunuh segala yg lbh baik utk dinikmati dan dirasai...Allah gantikan dgn kegembiraan, kebahagiaan, kejayaan dan cinta...cuma sbg hamba yg hatinya masih penuh dgn kekosongan...segala apa yg Allah bg...didustakan dgn segala mcm perilaku di luar batasan sang hamba yg ada iman di dada...syukurlah...Allah menyedarkan aku agar tidak trus menghirup udara kekhilafan...agar aku xterus mengikat diri pada bahang kemarahan dan kebencian...bukankah apa yg Allah beri sbg tanda cintaNya...mengapa perlu didustakan sgl nikmat cinta itu...

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"

Di tepi jendela itu...
ada seorang aku...
merenung dan berfikir...
dalam lantunan zikir...

Dahsyatnya seorang aku...
tatkala hati menjadi kaku...
segala kata menjadi bisu...
baru tercari Dia Yang Satu..

Sungguh Dia pencinta abadi...
tak hilang walau musim berganti...
membelaiku dengan kata-kata sakti...
menusuk tajam ke dalam hati...

Bukankah ujian itu sebagai tanda...
untuk melihat isi dalam dada...
itu tanda Dia cinta...
supaya hatimu tidak bernista...
itu tanda Dia kasih...
supaya jiwamu jadi bersih...

Berdiri seorang aku...
masih di tepi jendela itu...
dalam lantunan zikir...
mohon hati tidak kikir.
(Syazwani Bt Mustafa- 20/12/2011)

Moga hari mendatang akan lebih berlapang dada....terima kasih Allah!

Tuesday, October 4, 2011

Married! ^_^

Salam alayk...

Tahniah buat kekanda tercinta yg selamat diijabkabulkan dgn jejaka pilihan 16 sept lalu...Ahlan wa sahlan my bro in law...semoga perkahwinan along n abg nuar diberkati oleh Allah dan dilimpahi sakinah, mawaddah wa rahmah dan dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah...amin...


~ Barakallahu lakuma, wa baraka 'alaikuma, wa jama'a bainakuma fi khair ~

Sunday, September 25, 2011

Raya Kali Ini...

Salam alayk...

Terlalu lm rsnya membiarkan blog ini bersawang...kekangan waktu dan kudrat yg msh xmampu nk berlawan dgn masa membuatkan byk post yg tertangguh...setelah begitu lm membiarkan begitu byk post terbiar dlm kotak draft...alhamdulillah, akhrnya Allah bg kesempatan utk publish post yg terperap begitu lm...

Alhamdulillah wa syukrillah...segala perancangan yg dirancang dan direncanakan dipermudahkan oleh Allah utk terlaksana dgn jayanya...terima kasih yg xterhingga ya Allah...kerana tdk pnh membiarkan hambaMu ini terkapai2 dan lemah...di saat Kau hadirkan sedikit ujian utk melihat keikhlasan hati kami, Kau limpahkan pula rezeki dan kelapangan yg melimpah ruah yg xterbayang oleh akal...Allahu Rabbi...Allahu Akbar!

Raya kali ini mmg trasa benar kelainannya...agaknya sbb status along yg akan bertukar dr 'single' to 'married' dan segala mcm persiapan utk wedding along yg berlangsung 2 wiks aftr ry...dan juga mungkin sbb aku dh grad dan trasa lebih dewasa berbanding dulu...

Wpun xsambut ry 'segila-gila' thn sblmnya sbb blk kg cuma 2 hr dan dh ada kt kl dr ry ke 3 utk wedding preparation...ry kali ni membw lbh byk mkna dlm kehidupan aku...pg ry ms bersalaman dgn ayah n mama...trasa syahdu n sayu sgt2...walau aku konon2 plan nk control la sgt kan...tp mmg xmampu...bila salam dgn ayah tu rs berdosa btul...byk sgt dosa yg aku buat dgn sngja maupun tidak...time tu jg mcm2 persitiwa bermain dlm layar mata...wpun sblm tu aku dh diuji dgn perangai seseorang yg melampaui batas nk berlaku pandai mengajar ayah n mama ttg hal dan tanggungjwb seorg anak...trasa ms tu mcm nk je sound terus n tegakkan kebenaran...tp bila along tegah dan suruh bersabar n kenangkan ayah n mama,aku trus pendam dlm hati...sbb tu la ms salam n peluk ayah tetiba je segala rs terhambur kluar dgn deraian air mata yg xtertahan lg...aku skt ht sgt bila ada org buat ayah n mama mcm 2...tp xpa la, Allah ada...n aku yakin sgt2...Allah akan bantu kami...insyaAllah...

~Ya Allah, terima kasih krn mengurniakanku ayah dan mama yg Kau jdkan hati mereka penuh dgn kebaikan dan kemuliaan...~

Dan ry kali ni juga, kerinduan aku pd arwah tok bak melebihi thn2 sblmnya...entahla...kenangan yg msh tersimpan dlm memori dgn arwah tok bak..membuatkan aku jd rindu dgn arwah atuk yg sgt baik dan penyayang...dua2 atuk meninggal ketika aku msh kecil...tok bak meninggal ms umurku 5 thn, tok khalid meninggal ms aku darjah 1...dua2 atuk aku mmg baik thp max...dan penyayang pd semua cucunya...compared to nenek...aku mmg syg atuk lbh...dan alhamdulillah...thn ni Allah bg lg kesempatan pd aku nk melepas rindu pd adik bongsu tok bak yg masih ada...tinggal seorang ni je la adik tok bak...yg lain dh meninggal...muka tok chik yg seiras muka tok bak buat aku hilang rindu sekejap...cara cakap, raut muka, semua hampir sm, cuma tok chik kurus, tok bak lebih berisi...sbb tu la, tiap2 thn mmg acara wajib la g ziarah tok chik...moga Allah berikan tok chik kesihatan dan dipjgkan umur...moga aku berkesempatan utk melepaskan kerinduan pd arwah tok bak thn2 yg akan dtg...insyaAllah...

~ dgn cuzins menziarahi tok chik...~

Dan thn ni...alhamdulillah...duit ry yg aku trima berganda2 dr thn sblmnya...xsangka lgsg jumlah sbyk tu!...terima kasih Allah..dan benar la janji Allah...rezeki yg Allah bg tu xdisangka2 langsung...awalnya aku sdh ckt sbb pkcik angkat aku yg duk majidee tiap2 thn sure bg duit ry...tp thn ni ms g umah mak dia, he's not around dan xdpt la nk bg duit ry...(prngai kanak2 ribena aku yg nk duit ry msh ada...hehe)....along usik aku kata duit ry thn ni short 50...coz donna mmg akan bg 50 stp thn...tp xpa la...aku xkisah sgt sbb sure ada hikmah donna xdpt bg duit ry...dan tnpa disngka2 Allah gantikan pula dgn rezeki dpt duit ry dgn jumlah yg sm ms aku register UPM...ya Allah...mmg terkejut sgt2 bila Mahmoud kwn UIA yg sm2 regstr tiba2 je dpn semua org kluarkan duit dr wallet dia dan bg aku duit ry...Akh Mahmoud...syukran wa jazakallah...

“Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang bertakwa.”
(Surah Thohaa : 132)

“Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (siapa yang dikehendakiNya)”. Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.”.
(Surah Saba’ : 39)

Alhamdulillah...sungguhpun sambutan ry thn ni xbrapa sgt sbb bz dgn wedding along...tp ry thn ni membw seribu makna dlm diari kehidupan aku...Allah memberikan kebaikan dan rezeki yg berlipat ganda tanpa disangka,walaupun Allah berikan sdkt ujian...tp Allah limpahkan pula dgn begitu byk kegembiraan...terima kasih Allah...Subhanallah Walhamdulillah Wa Lailahaillallah Waallahu Akbar!

~less than 2 wiks b4 along 2kar status... ^.^~

Thursday, August 11, 2011

Attention to IIUM 27th convocation graduates!!!

Salam alayk...

Tergerak hati nk usha2 news utk convo ni...kot2 la kan tetiba UIA ada suh buat apa nk update b4 convo ni...dan mmg betul pun...terkejut jugak la baca...coz xtau pun...n rasanya kwn2 yg lain pun mungkin ada yg xtau bout benda ni...so, dear frens...ambik perhatian...!!!


~ kena buat survey called Tracer Study - ada 2: UIA & MOHE (starting 8/9/2011 - 7/10/2011) ~

~ ATTENTION!! It is COMPULSORY...dan after siap survey jgn lupa PRINT coz kena bg kat counter utk collect multimedia card, robe, etc...PENTING!!! ~

~ enter site ni n log in with matric num n ic ~

At da moment kat site MOHE belum ada lg senarai utk UIAM, so take note, starting 8/9/2011 dh boleh cek n complete survey ni...jgn lupa PRINT both slips n bw masa nk ambik robe.