Pages

Thursday, December 27, 2012

DURIAN PIE Untuk Ayah...

Salam alayk...

Ayah blk agak lama kali ni...5 days...dan kebetulan pula we had a stash of frozen durian...before this da buatkan serawa durian untuk ayah...dan xterfikir pun nk buat durian pie ni sbnrnya...masa nak menjamu sdara yg dtg ke rumah dgn chicken pie....ayah berulang kali refer my chicken pie as durian pie...so, mmg da tau la sbnrnya ayah nk mkn durian pie and he requested me to do it for him...dats my dad...dia xminta terang-terang, tp secara halus je...

Memandangkan its my 1st time to do durian pie...and xpnh lg ada experience of doing crust for any sweet pie...tawakkal je la kan...harap2 sedap dan dpt la buatkan ayah something yg setaraf dgn bakery di luar sana tu...cewahhh...perasan btul! Alhamdulillah, luckily menjd dan sedap! (bukan puji diri sendiri ya...mmg betul sedap!)

So, meh nk share my resepi...

Bahan-bahan:
Utk crust/pastry:
350gm tepung gandum
200gm buttercup
100gm gula castor
1 biji telur
1 teaspoon esen vanilla
1 teaspoon salt
Cold water

Filling:
300gm isi durian
50gm tepung kastard
250ml air
100ml susu cair
60gm gula

Cara-cara:
Crust/pastry:
1. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang.


2. Masukkan garam dan telur. Kacau rata.
3. Masukkan tepung gandum dan air. Gaul sebati sehingga menjadi doh. Sekiranya doh hancur dan melekat (xboleh canai), tmbah tepung sedikit demi sedikit hingga doh boleh dicanai. Tekstur doh xterlalu lembik dan xterlalu keras.


4. Uli doh dan tekan dalam acuan pai berukuran 8 inci.


5. Cucuk doh dgn garfu supaya doh xmenggelembung semasa dibakar.
6. Bakar 20min pada suhu 180c atau sehingga doh 3/4 masak.

Filling:
1.Satukan semua bahan dan masak atas api yang sederhana sehingga isi durian hancur. 


2. Sekiranya inti terlebih manis, tambahkan air dan biarkan mendidih sehingga pekat.

Pie:
1. Keluarkan doh yg sudah dibakar dan tuangkan inti.


2. Sekiranya nak pie kelihatan lebih menarik, asingkan sedikit doh yg belum dibakar dan buat jalinan atas pie.
3. Sapukan telur yg sudah dipukul atau biarkan saja.
4. Bakar 10min pada suhu 180c atau sehingga doh menjadi golden brown.

***Kebetulan ada terlebih sikit doh, dpt la buat pie yg kecik...tp abaikan jalinan yg xcantik atas pie tu...tu jalinan org yg malas...supposedly ada teknik yg betul untuk buat jalinan tu...u can google it..selamat mencuba!






No comments: