Pages

Sunday, January 20, 2013

Terima kasih Allah!

Salam alayk...

Beberapa minggu yg lalu, terasa diri sgt kelelahan sbb sibuk sgt menyiapkan segala tugas untuk final trimester master...sekejap sungguh masa 18 bulan tu berlalu, masih terbayang seolah-olah semalam adalah hari registration for new student...berdua dgn mama pagi tu ke UPM, mulakan pendaftaran dan mama duduk di khemah luar yg disediakan. Waktu itu pun cuma berdua dgn mama, dan Allah masih beri aku peluang untuk masih berdua dgn mama sehingga akhir pengajian master ini.

Cumanya agak berbeza keadaan waktu itu, awal pengajian kesihatan mama masih elok, tapi ketika aku di final trimester dan ketika menghadapi final exam, Allah menguji dgn memasukkan mama ke hospital, dan aku berkampung di hospital selama 5 hari di Columbia Asia dan 4 hari lagi di Tawakkal Specialist. Melihatkan mama yg menahan kesakitan di cucuk sana sini, diambil darah berkali-kali membuatkan aku pula yg tak tertahan dgn rasa sakit. Setiap kali lepas solat, aku cuba tahan air mata utk tak mengalir keluar depan mama. Dan apabila balik ke rumah, baru aku luahkan pada Allah dan biar air mata itu keluar.

Sesungguhnya, setiap ujian yg Allah berikan itu adalah anugerah dan nikmat yg tak terhingga. Di sebalik setiap ujian yg memerlukan air mata utk mengalir, yg memerlukan kesabaran utk melepasinya, yg memerlukan kekuatan utk meredahinya, yg memerlukan kesakitan utk merasainya...pasti terselit kemanisan dan kegembiraan yg tak dpt digambarkan...

Ujian itu memberikan aku lbh byk peluang dan kesempatan utk mendekatkan diri kpd Allah, utk menyedari khilaf yg aku lakukan dgn sengaja mahupun tidak, utk membuatkan aku menjadi insan yg lebih matang tindakan dan pertuturan, dan juga utk menyedarkan aku betapa beruntungnya aku masih punya mama dan ayah.

Alhamdulillah wa syukrillah...kemanisan dan kegembiraan itu dpt aku rasakan...terima kasih Allah untuk kegembiraan yg kau izinkan aku utk kecapi, kegembiraan yg Kau izinkan utk aku beri kpd mama dan ayah...terima kasih Allah!

Dan utk ini juga...terima kasih Allah!

Tuesday, January 1, 2013

Nangis Laju-Laju

Salam alayk...

Petang itu ketika aku dan mama berdua menjamah nasi daun pisang berlaukkan lamb shank dan sayur mayur yg cukup enak rsnya...dengan alasan nk berdiet, aku berkongsi sepinggan dgn mama...dan kebiasaannya mmg begitu...

"Nanti lepas ili pulak kahwin, entah mama masih dapat lagi tak makan berdua sepinggan macam ni lagi."

Ketika sedang enak menikmati hidangan, ayat yg mama lontarkan itu buat aku tersentak...dan sedaya upayanya aku menahan air mata utk tidak keluar dgn lajunya. Di hujung ayat mama ada sendu yg cuba mama tahan. Mama aku itu mmg semakin mudah mengalirkan air mata semenjak dua ni...sampai anak mama sorg ni yg jarang nangis berbanding anak mama yg sorg lg kuat nangis tu dah terikut sama pulak nk jd cengeng!

"Ala mama ni, tak mau la fikir yg bukan-bukan. InsyaAllah, kalau dah kahwin pun ili masih boleh makan sepinggan macam ni dengan mama. Tapi takut jugak buatnya suami ili tu kuat makan, dia join sekali kesian la kita kan mama, tak cukup makan sepinggan berkongsi tiga orang!"

Aku cuba bergelak ketawa kerana tak mahu suasana di situ menjadi sayu pula. Tapi sebenarnya sedih aku sampai ke lulur hati. Kalau aku bersendirian, pastinya aku jadi anak cengeng lagi, aku akan nangis laju-laju!

Entah kenapa aku jd sebak sangat mendengar kata-kata mama...aku tersentuh sangat melihat wajah insan kesayangan aku ini. Agaknya disebabkan kesihatan yg kurang memuaskan, mama lebih sensitif hari-hari. Adakalanya secara tiba-tiba mama bergaduh dgn aku, adakalanya pula mama terasa dengan along, adakalanya mama merajuk pula dengan ayah!

Menemani mama setiap hari, melihatkan sakit yg ditanggungnya membuatkan aku jadi tak tega membiarkan mama berasa sedih. Aku takut andai Allah tak beri aku kesempatan untuk menjadi anak yg baik kpd mama dan ayah...mati itu bukan hanya menjengah pada orang yg tua dan sakit, tp mati itu boleh juga menyapa pada orang muda yang masih sihat seperti aku ini!

Dan semalam, ketika aku pulang seketika ke rumah, memberikan ruang utk along menemani mama di hospital...aku nangis laju-laju ketika dahi mencecah sejadah...aku hamburkan segala rasa yg dipendam kepada Allah...aku mohon Allah beri aku kekuatan utk bersabar, aku merayu Allah jadikan aku insan yg lebih baik, hamba yg lebih solehah, anak yg berbakti dan menggembirakan hati mama ayah, aku minta Allah bersihkan hati aku drpd segala keburukan, kejahatan, kehinaan dan kebencian...penuhkan hati aku dengan kasih sayang, ketenangan, kebaikan dan kelembutan. 

Aku sempat panjatkan doa, memohon petunjuk utk insan-insan yg membuat kesalahan dan keburukan kpd kami. Sakitnya hati melihat ada manusia yg merasakan sakit mama itu sekadar mainan dan melukakan hati mama, aku mahu buang jauh-jauh. Andai ujian yg Allah beri ini sebagai kafarah dosa-dosa kami, dan sebagai medium untuk menjadikan aku insan yg lebih baik, maka aku harus bersyukur, aku harus belajar untuk redha dan kuat untuk bersabar.

2012 memberikan aku pelbagai suka duka yg akan tersemat kukuh dalam ingatan. Aku nangis laju-laju lagi kerana setahun itu aku merasakan dosa yg lbh byk dikumpul drpd pahala. Mudah-mudahan, kesempatan yg Allah beri utk berjumpa 2013 memberikan aku lebih byk peluang utk menambahbaik diri. 

Kepada yg tak mampu utk aku bertemu muka mahupun menyuarakan kemaafan, seikhlasnya aku memohon maaf andai tingkah dan tutur yg aku lontar memberikan kesedihan dan kelukaan. Manusia itu sering terkhilaf, aku sedar itu. Cuma sebagai manusia dan hamba yg dhaif, aku juga mudah terluka dan memerlukan masa utk mengubat luka itu. Kemaafan utk kalian sudah aku berikan dan moga salahku juga diampunkan. Words can be forgiven but not forgotten. Aku tidak menyimpan dendam dan kebencian, cuma aku sedang berusaha mengubat kelukaan.

Alhamdulillah, moga Allah terus memberi kesempatan untuk aku menjadi anak yg berbakti dan kebanggaan mama ayah dan keluarga...terima kasih Allah untuk nikmat keluarga yang tak ternilai ini...!


"Rabbighfirli waliwalidayya warhamhuma kama rabbayani soghira"


Selamat Tahun Baru 2013! Jangan biarkan azam yang ditanam terus terkubur...ayuh menambahbaik diri!