Pages

Wednesday, August 25, 2010

Percaya tetapi Tak Yakin...???

salam alayk...

Ya Allah... lama sungguh xmenulis apa2 di blog ni... dr sehari ke sehari mcm2 plan nk tulis... tp benarlah, sebagai manusia yg lemah & dhaif, terlalu byk perancangan yg nk dibuat tp yg berkuasa utk membenarkan perancangan tu menjd hanya Allah jua... Maha Suci Allah... Alhamdulillah wa syukrillah... hr ni Allah bg juga kesempatan utk menulis dan membersihkan debu2 yg semakin menebal di blog ni...

Masih belum terlambat utk mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak buat pengunjung blog & shbt2 yg dikasihi... kita dh sampai ke pertghn Ramadhan... betapa cepat masa berlalu... mg2 hari2 yg masih ada sblm Ramadhan meninggalkan kita dpt diisi dgn lbh byk ibadah, sedekah & doa2 yg dimakbulkan Allah.... insyaAllah...

Bbrp hr yg lepas, ketika berbuka... ada seorg ustaz ni (terlupa nama apa) memberikan sedikit tazkirah dlm radio IKIM.fm... walaupun sekejap je tazkirah ustaz ni tp benar2 memberikan kesan dlm diri sendiri... dgn kesempatan yg ada ni nk berkongsi dgn shbt2 ttg serba sdkt isi tazkirah yg disampaikan... ttg PERCAYA TP XYAKIN...

Katakanlah ketika kita sdg berjalan2 di bandar, di shopping complex ke, di jln tar ke... dgn family atau kwn2 nk shopping bj raya atau membeli brg2 keperluan... sdg kita berjalan tiba2 kita melihat pd satu kwsn tu begitu ramai org yg berkerumun, sehingga org lain yg br sampai pun terlari2 ke arah tu nk melihat apa sbnrnya yg berlaku... dlm keadaan yg ingn tahu, kita pun pergi melihat sama...

Rupa2nya, ramai org berkerumun sbb ada seorg hamba Allah ni nk menunjukkan kehebatan dia sbg penembak yg tepat... dgn dibantu oleh seorg pembantu, si hamba Allah ni mendakwa bhw dia akan membuktikan kpd umum betapa tepat dia menembak. Maka, diletakkan sebiji epal di atas kepala pembantu td... kata si hamba Allah ni... dia akan menembak tepat ke atas epal tu tanpa sedikit pun mencederakan pembantunya... dlm ht kita awalnya mesti xpercaya bhw si hamba Allah ni penembak yg tepat... dlm ht kita pasti akan berkata2, buatnya tiba2 peluru tu tersasar dan kena kepala pembantu tu... tp keraguan kita semkin berkurgn krn pd percubaan yg pertama si hamba Allah td menembak dgn tepat ke atas epal dan pembantunya tiada apa2...

Seterusnya, pd percubaan yg kedua & ketiga, si hamba Allah td berjaya menunjukkan pd umum dia dpt menembak dgn tepat & pembantunya tiada sbrg kecederaan... org ramai pun bertepuk sorak sbb mereka percaya bhw si hamba Allah itu penembak yg tepat... kemudian, si hamba Allah itu tiba2 dtg kpd kita & bertanyakan kita adakah kita nk mencuba pula... menggantikan tempat pembantu dia td... dia beria2 menyakinkan kita bhw xda apa2, semuanya selamat sbb td dia dh menunjukkan 3 percubaan yg berjy... pd ketika itu... apa prasaan kita???

Sejujurnya, sekiranya aku berada pd tempat 'kita' td, wpun aku percaya bhw si hamba Allah itu penembak yg tepat, tetapi aku tidak yakin sekiranya aku menerima tawaran dia hanya sekali utk menggantikan tmpt pembantu dia tu, keselamatanku terjamin... buatnya tiba2 peluru dia tersasar... bukan epal yg menjd sasarn, tetapi kepalaku... dan pastilah nyawaku melayang ketika itu... msh terlalu byk dosa & terlalu sdikit amal yg aku lakukan... xsanggup rasanya...

Bgaimana pula dgn anda?Adakah anda yakin bhw si hamba Allah itu dpt menembak dgn tepat pula sekiranya anda menggantikan tempat pembantunya? Sdgkan seblmnya, kita percaya bhw si hamba Allah itu dpt menembak dgn tepat bukan?? Kita hanya percaya, tetapi kita tidak yakin pun...

Samalah halnya dlm kehidupan kita seharian... kalau kita lihat di sekeliling, dlm msyrkt, dlm keluarga sendiri... ramai yg mengaku sbg seorg Islam tetapi tak menjd Islam yg sebenar... mereka percaya mereka org Islam tetapi mereka xyakin dgn identiti Islam yg mereka bw... mereka percaya Allah ada.... tp mereka xyakin bhw Allah melihat stp perbuatan mereka, mereka xyakin bhw adanya pembalasan di hr akhirat, mereka xyakin bhw Allah akan menghisab setiap satu dr sgl amalan mereka walaupun sebesar zarah... mereka percaya mereka Islam, tp rambut dipertontonkan, mereka percaya mereka Islam, tp halal haram diabaikan, mereka percaya mereka Islam, tp agama dipermain dan dipersendakan... mereka percaya tetapi mereka xyakin....

Oleh sebab itu la shbt2, kita bukan hanya percaya semata2, tetapi kita perlu iringi kepercayaan kita itu dgn keyakinan... kita percaya Allah memberikan rezeki, tetapi kdgkala kita xyakin Allah akan memberikan kita rezeki tatkala kita br diuji dgn sedikit kesusahan... ada seorg shbt yg sgt2 aku kasihi... dia sering mengeluh dan runsing setiap kali duit dlm simpanannya berkurgn sehingga menjejaskan tumpuan dia pd study, sehingga ada kalanya dia sngja bgn lewat sehingga tghr pd setiap hujung minggu utk mkn sekali sehr... aku menasihatinya slalu ttg hal percaya dan yakin ni... dia percaya Allah ada, tetapi dia masih belum cukup yakin bhw Allah akan membantunya...

Sekiranya kita tersedar bhw selama ini kita hanya percaya tp xyakin, marilah sama2 kita semaikan rasa percaya & yakin ni dlm hati kita, dlm hidup kita... mudah2an kita menjd hamba yg sentiasa berusaha utk menjd yg terbaik buatNya... insyaAllah...


2 comments:

Anonymous said...

anda benar..percaya dan yakin mempunyai maksud yang sgt berbeza..oleh sbb itu kita dituntut supaya beriman, bukan percaya semata2..ustaz sy pernah menegur ketika sy dan kwn2 membaca rukun iman ketika di sekolah rendah dahulu..katanya bukan percaya kepada Allah and so on tetapi beriman kepada Allah and so on..apa pendapat saudari??? by the way, nice tazkirah really..salam

syaz said...

salam alayk...

Dear anonymous...
Betul kata ust tu, bukan percaya ttpi beriman...sbb org2 yg beriman tidak akan melakukan sesuatu yg merosakkan iman dia, tidak akan bertindak seolah2 dia tidak mempunyai iman... kerana dia beriman bukan hanya sebab dia percaya semata2 tetapi dia menyakini dan mengamalkan dengan apa yg dia imani...sbb tu sy slalu mengingatkan seorg kwn sy utk sentiasa yakin & percaya dgn Allah...supaya dia tau & sedar bhw dia adalah org yg beriman, dan tdk akan melakukan sesuatu yg merosakkan iman dia...wallahua'lam