Salam alayk...
Dek rasa yg hanya Allah shj yg mengetahui...tetiba tangan terasa laju utk menulis ilham yg sedang melimpah-limpah kluar...sekadar coretan moga-moga memberi manfaat...
Assalamualaikum wbt,
Apa kabar imanmu di saat ini wahai aku, kamu dan dia? Semoga Allah masih memelihara aku, kamu dan dia utk masih memiliki nikmat iman dan Islam. Moga aku, kamu dan dia tidak mudah lalai dan terleka dgn tanggungjawab kita sbg seorang hamba Allah dan juga seorang yg bergelar anak. Hari ini tiba-tiba ada hal penting yg perlu dituliskan utk aku, kamu dan dia supaya aku, kamu dan dia tidak terus tersasar. Surat ini anggaplah sbg bingkisan cinta utk mengingatkan aku, kamu dan dia tentang apa erti bergelar hamba dan anak agar aku, kamu dan dia sentiasa dalam keredhaan Allah. Tetapi aku, kamu dan dia jgn terlupa, keredhaan Allah itu letaknya pada keredhaan ibu bapa, andai aku, kamu dan dia membuat hal sekecil apa pun sehingga mengguris hati ibu bapa dan mereka tidak redha ke atas aku, kamu dan dia, maka redha Allah juga tidak akan bersama aku, kamu dan dia....ingat tentang itu wahai aku, kamu dan dia!
Wahai aku, kamu dan dia...
Cubalah aku, kamu dan dia rajin-rajinkan diri utk membelek dan memahami kalam Allah yg sungguh indah drpd sgl apa pun kata-kata yg terindah di dunia ini. Hayatilah akan kalam Allah yg meletakkan kedudukan ibu bapa di tempat yg mulia yg wajib utk aku, kamu dan dia berbuat baik kpd mereka. Firman Allah dalam Surah Al-Isra' ayat ke-23, "Dan Tuhanmu perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun berkata "ah" dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)."
Nah, tidakkah aku, kamu dan dia memahami firman Allah itu bahawa tuntutan berbuat baik kepada ibu bapa adalah satu perintah Allah yang wajib diikuti. Berbuat baik maknanya luas, termasuklah bersikap lemah lembut, berbudi bahasa, tidak berlaku kasar, malah selalu mengingati dan menghargai pengorbanan yang mereka berikan kpd aku, kamu dan dia selama ini. Ibu bapa bersusah payah memelihara dan menjaga anak siang dan malam, tanpa mengira waktu, tenaga, perasaan serta wang ringgit demi memberikan yang terbaik dan ingin melihat aku, kamu dan dia menjadi seorang yang terbaik. Malah, jika diteliti tuntutan berbuat baik kepada ibu bapa diberikan keutamaan dalam al-Quran, kerana perintah berkenaan digandingkan dengan perintah tauhid kepada Allah.
Andaikata aku, kamu dan dia sudah berumahtangga, itu tidak bermakna aku, kamu dan dia terlepas tanggungjawab utk berbakti kpd ibu bapa. Andai Allah menguji aku, kamu dan dia dgn segala kepayahan, kesakitan, haruslah aku, kamu dan dia mengerti dan tidak berputus asa malah berdoalah tanpa jemu kpd Allah. Sekiranya aku, kamu dan dia bergelar seorang suami, maka janganlah aku, kamu dan dia berasa bongkak dan lupa diri kerana mengambil alih tanggungjawab menjd pembimbing dan penjaga drpd ibu bapa isteri aku, kamu dan dia dgn sewenang2nya menyalahgunakan kuasa dan hak sbg suami kpd si isteri. Sekiranya pula aku, kamu dan dia bergelar seorang isteri, janganlah pula aku, kamu dan dia melupakan ibu bapa dan hanya sepenuhnya berkhidmat utk si suami. Andainya ibu bapa aku, kamu dan dia memerlukan perhatian dan penjagaan, haruslah aku, kamu dan dia memberikan bantuan kpd ibu bapa dan janganlah aku, kamu dan dia mengabaikan tanggungjawab kpd ibu bapa dgn alasan sudah bergelar isteri dan mementingkan kepentingan suami semata-mata sehingga membuatkan air mata ibu aku, kamu dan dia mengalir.
Lupakah aku, kamu dan dia pd pengorbanan seorang ibu?Tidak bolehkah aku, kamu dan dia meluangkan hatta sedikit waktu cuma utk meneman sang ibu yg sedang xberdaya menahan sakit seluruh tubuhnya?Andai aku, kamu dan dia mahu melebihkan seseorang yg memang halal utk aku, kamu dan dia tetapi mengabaikan sang ibu, adakah aku, kamu dan dia kira perbuatan sebegitu tidak mengapa dan aku, kamu dan dia tidak mendapat kemurkaan Allah? Ingatlah wahai aku, kamu dan dia, jika mahu dibandingkan nilai pengorbanan ibu bapa ter hadap aku, kamu dan dia dgn kebaikan aku, kamu dan dia kepada ibu bapa, memang tidak terbanding, malah sangat jauh perbezaannya. Marilah aku, kamu dan dia melihat sejenak kisah seorang ibu, yang sanggup melakukan apa shj demi seorang anak, bersengkang mata sehingga pagi jika si anak tidak lelap tidur, tidak jemu dan berhenti menyusukan si anak sehingga kenyang, bahkan sehingga pemakanan dan pakaian si anak juga diutamakan. Tetapi alangkah sedihnya apabila si anak belum tentu mendahulukan ibu bapanya.
Wahai aku, kamu dan dia yg bijaksana,
Renungkan dan fahamilah firman Allah dalam Surah Luqman ayat ke-14, “Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” Andai mahu dituliskan ayat-ayat Al-Quran tentang ibu bapa, sudah pastilah surat ini menjadi begitu berjela-jela dan melelahkan aku, kamu dan dia untuk membaca, barangkali boleh menghilangkan rasa minat pula utk aku, kamu dan dia terus membaca. Oleh itu, surat ini sekadar rasa cinta utk mengingatkan aku, kamu dan dia supaya tau menghargai ibu bapa. Ambillah seberapa waktu utk muhasabah diri aku, kamu dan dia dgn menatap dan mentadabbur isi Al-Quran yg ckup indah dan dijadikan pegangan hidup aku, kamu dan dia sepanjang masa.
Andainya ibadah aku,kamu dan dia kepada Allah xterhitung banyaknya, dgn segala solat sunat, witir dan zikir yg begitu xterkira jumlahnya, tetap tidak akan berguna jika aku, kamu dan dia mengabaikan ibu bapa dan mengguris hati mereka. Janganlah biarkan kekhilafan seperti ini memamah segala amal kebaikan aku, kamu dan dia menjadi sia-sia cuma. Wahai aku, kamu dan dia yg disayangi, sekiranya bingkisan kasih yg dicoretkan di sini melukakan hati aku, kamu dan dia, maka seluas kemaafan dipohon kerana coretan ini bukanlah utk mengguris rasa dan mencalar hati aku, kamu dan dia, tetapi hanya sbg renungan dan ingatan tanda kasih sayang yg tiada penghujungnya. Setiap hamba Allah yg bergelar manusia itu sentiasa melakukan kesilapan, tetapi jgnlah biarkan diri aku, kamu dan dia terus-terusan dalam kesilapan, perbaikilah apa yg sepatutnya dan berubahlah menjd insan yg lebih baik drpd sebelumnya.
Dengan izin Allah, menggunung doa dipanjatkan agar Allah sentiasa membimbing aku, kamu dan dia kpd kebenaran, kebajikan dan saling ingat mengingati supaya aku, kamu dan dia mampu menjd hamba Allah yg soleh dan solehah, juga menjd anak yg berbakti kpd ibu bapa, amin ya rabbal 'alamin.
Wassalam.