Pages

Monday, May 28, 2012

Terasa SUKAR...

Salam alayk...

Berada di trimester ke-3 membuatkan aku teruja untuk menamatkan pngajian sarjana dgn segera...insyaAllah, sekiranya Allah permudahkan dan izinkan...cuma tinggal 1 trimester lg utk menamatkan pengajian sebelum menunggu hari graduasi...

Cumanya hari-hari yg dilalui tidak semudah yg dijangkakan...sungguhpun cuma berbaki 1 trimester tp aku masih terasa begitu lama utk menamatkan pengajian...kadangkala terasa sungguh sukar...memegang amanah sebagai seorang pelajar, sebagai seorang anak, sebagai seorang hamba...membuatkan aku jd lemah dan terasa seperti mahu menghilangkan diri drpd segala rasa sukar yg menghambat ketenangan hati dan kecerdasan akal utk berfikir...


Dengan sgl cabaran dan dugaan trimester lepas...yg sungguh2 menguji kesabaran dan keimanan aku...membuatkan aku berdoa dan sentiasa berdoa moga Allah memberikan kekuatan dan ketabahan utkku pd trimester ini dan trimester akhir nnt...dan kemudahan utk segala urusanku...

Apabila diri diuji antara menjd pelajar dan anak...maka waktu itu benar2 menguji seluruh diriku...kdgkala rs lelah utk menelaah pelajaran dan menyiapkan sgl tugasan membuatkan aku hampir pula menjd anak yg mengguris rasa dan hati seorang ibu...dan kadangkala apabila kepenatan menjalankan tgjwb sebagai seorang anak membuatkan aku menjd malas pula memberikan sepenuh tumpuan utk menyiapkan sgl tugasan master yg mmg cukup mencabar...Malah, dgn segala kepenatan dan kelelahan itu pula membuatkan aku menjd hamba yg sgt2 dhaif dalam ibadah kepada Pencipta...cuma solat 5 waktu...dan xmampu utk meluangkan waktu dgn amalan2 sunat utk qiamullail, mahupun bacaan Al-Quran yg konsisten tiap-tiap hari...sungguh aku terasa sukar...

Sungguhpun begitu...masih ada bisikan nasihat yg bisa membuat aku bangkit tegar melalui cabaran ini...andai aku korbankan walau sedikit cuma utk menjaga dan berbakti kpd seorang ibu...pasti jalan2 yg aku rasakan sukar akan Allah permudahkan...andai aku tabah utk abaikan segala rasa lelah dan penat, dan meneruskan amanah yg Allah beri sbg seorang hamba, anak dan pelajar dgn baik...insyaAllah...kebaikan dan kegembiraan jua yg akan aku peroleh kelak...andai bukan di dunia, pasti di akhirat nnt spt yg Allah janjikan...

Cuma aku berharap...moga Allah titipkan kekuatan dan ketabahan kepadaku utk menjd anak yg ikhlas berbakti utk mama dan ayah...juga seorang pelajar yg bertanggungjawab dan dedikasi serta hamba yg sentiasa taat dgn perintahNya...aku hanya mampu berdoa, moga Allah memberikan kemudahan dan kelapangan buatku...sekiranya ada manusia di luar sana yg tidak faham...yg mengandaikan pengorbanan itu sekadar satu alasan atau sekadar tanda mahu menunjuk2 kebaikan...ataupun satu tuduhan yg sengaja dilemparkan utk mengatakan itu dan ini...aku berdoa moga Allah memberikan hidayah kepadamu...moga Allah memelihara kamu untuk berhenti mengumpat dan mengeji dan membuat spekulasi yg akhirnya menjerumuskan kamu ke kancah dosa...

Apa yg aku tulis sekadar perkongsian utk manusia2 di luar sana yg merasa sukar spt apa yg aku rasa atau yg lebih sukar drpd ini...moga Allah memberikan kemudahan, kelapangan dan pertolongan...moga redha Allah ke atas kita yg membuatkan ibu bapa kita redha...moga kejayaan dan kegembiraan menjd milik kita yg ikhlas kerana Allah...

**Aku kagum kpd manusia2 luarbiasa yg mampu menjalankan amanah sbg seorang hamba, anak, ibu/bapa, suami/isteri, pekerja dan dalam masa yg sama bergelar pelajar...sungguh aku kagum! 

p/s: Utk kamu (i think u know who u r)...andai kamu berkesempatan membaca coretan ini...kamu merasakan hidup kamu sukar hingga menjejaskan tumpuan kamu dan orang2 sekeliling kamu...fikir sejenak dan yakinlah dgn Allah...

~ HH n MFRA...moga Allah memberi kekuatan kpd kalian... ^_^ ~

No comments: