Pages

Tuesday, August 25, 2009

Ramadhan Yg Dirindui...Yg Dinanti...

salam alayk...

Sudah agak lama tidak update blog ni... kesibukan menghambatku setiap ms...sehinggalah pg ni baru diberi kesempatan oleh Allah swt utk post sumthing new...alhamdulillah... Ramadhan sudah menjengah tiba... Allah memberiku kesempatan utk merasai nikmat Ramadhan yg mulia ini... walaupun sudah 4 hari berpuasa, xterlambat rasanya utk mengucapkan Salam Ramadhan Mubarak dan Selamat Menunaikan Ibadah Berpuasa kpd semua pengunjung blog...



Ramadhan ini benar2 kurindui dan kunanti... bertarawih bersama2 shbt, memperbanyak ibadah2 sunat, meningkatkan pembacaan Al-Quran... rindu benar hati ini utk bersahur bersama2 ayah... kalau Ramadhan yg sblm ini, pasti ayah akan mengejutku bgn sahur... mama,aku dan kak long pasti bersama2 ayah menikmati sahur... indah sungguh saat2 itu... tp Ramadhan kali ini aku harus bljr mengharungi sahur sendiri... memandangkan mama akan berangkat ke indonesia dan kak long pula akan sibuk dgn urusan kerja, akan outstation slalu... Ramadhan kali ini mengajarku utk lbh berdikari & lbh menghargai erti sebenar kasih sayang & bersyukur...

Kedtgn bulan yg penuh berkah ini haruslah dimanfaatkan sepenuhnya... berusahalah utk perbaikkan aqidah, perelokkan akhlaq kita utk mendptkan mardhotillah... ada satu artikel yg dbc ttg kedtgn Ramadhan... Ramadhan diumpamakan as 'The Great Sale' - promosi pahala besar2an, diskaun dosa sehingga 100%, malah ada cabutan bertuah yakni lailatul qadar ... terbayang di fikiran tika itu... perkataan great sale spt pesta diskaun ketika jualan mega malaysia, di shopping complex begitu byk diskaun yg ditawarkan sehingga 80%... sehingga ramai yg berbondong-bondong, sanggup bersesak2 utk menikmati great sales yg ditwarkan... ttapi ada juga yg xsanggup nk bersesak2 ketika sales ni & lbh suka memerap di rumah, asrama, etc... begitu jugalah halnya dgn Ramadhan...

Ada 3 kelompok sikap yang menyambut kedtgn Ramadhan - Pertama, orang yg menyambutnya dengan sukacita & gembira, kerana mengetahui nilai kemuliaan di bulan ini, maka ia mengisinya tidak hanya dgn berpuasa ttapi ditunjangi dengan amal ibadah yang lain. Kedua, orang yg menyambutnya dgn sikap biasa-biasa saja & ttp berpuasa. Ketiga, orang yg menyambutnya dgn sikap menyesal bahkan menganggap bulan ini adalah bulan pengekangan hawa nafsu yg dianggap merugikan. Atas sikap yg pertama, si penyambut x akan menyia2kan kehadiran Ramadhan. Ia dianggapnya tamu jauh yg kehadirannya sangat sukar utk ditemui. Malah, belum rasa yakin tamu tersebut datang mengunjunginya di tahun-tahun yg akan datang.

Sementara kelompok yg kedua, ia tetap berpuasa. Ia tetap melaksanakan solat sebagaimana hari-hari di luar Ramadhan. Namun, tidak menemukan keistimewaan di dlm bulan ini. Seperti biasanya menonton tv sambil menunggu waktu berbuka, mandi, solat maghrib, makan malam, menonton tv lg. Tidak ada yg istimewa.

Sementara kelompok ketiga, kadang2 berpuasa kadang2 x. Hari2nya lbh banyak digunakan utk tidur kerana menganggap bulan puasa sebagai bulan istirehat. Sehinggakan ada yg berasa malas utk berpuasa krn terasa membebankan. Sdgkan firman Allah:

"Bulan Ramadhan adalah bulan yg di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang haq dan yang batil). Kerana itu, barangsiapa di atr kamu yg ada di bulan itu, maka berpuasalah. Dan barangsiapa sakit atau dlm perjlnan(dia tidak berpuasa), maka (wajib menggantinya) sebyk hari yg ditinggalkannya itu, pd hari-hari yg lain. Allah Mengkehendaki kemudahan bagimu, dan tidak mengkehendaki kesukaran bagimu. Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjukNya yg diberikan kpdmu, agar kamu bersyukur."
(Al-Baqarah : 185)

Wahai shbt2...Berada di dalam kelompok manakah diri kita? Alangkah bahagianya jika kita berada dalam kelompok pertama yang benar-benar mengistimewakan kehadiran bulan Ramadhan.

Ayuhlah kita berusaha utk memanfaatkan kedtgn bulan yg mulia ini dgn memohon ampun atas dosa dan khilaf di sebelas bulan yang telah kita lalui, kerana di bulan inilah kesempatan dosa-dosa diampuni jika kita tidak yakin di bulan yg lain diampuni.Tambahkan keimanan kita dgn mendekatkan diri kpdNya dgn bermunajat, bertahajjud dan bertarawih di mlm2 Ramadhan ini.

Dalam firman Allah yg seterusnya, Allah menyatakan bhw Dia sgt dekat kpd hambaNya pd bulan ini:

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang mendoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”

(Al-Baqarah : 186)


Tidakkah kita bersyukur dengan adanya Ramadhan? Subhanallah, Allah begitu sayang pada kita. Allah menurunkan rahmatNya melalui Ramadhan. Bulan dimana kita berkesempatan meraih pahala, rahmat, hidayah dan ampunanNya. Oleh itu shbt2, gunakanlah kesempatan yg ada ini sebaik mungkin, berdoalah dan mohonlah kpd Allah swt dengan sebaik2 doa & permohonan... moga2 Allah mengabulkan sgl doa2 baik yg dipohon, insyaAllah.


Tuesday, August 4, 2009

Apa Nak Jadi...?

salam alayk...

Rasa terpanggil utk membincangkan isu ni... sdh agak lama memndamkan hal ni, tp bbrp hr lps, slps membaca paper yg dibeli di kiosk mahalah ni, membuatkan hatiku jd semakin skt... apa nak jd dgn media di m'sia? Terlalu byk pd pandangan mata ni, perkara2 yg xseharusnya dihebahkan, disebarkan kpd umum... media terlalu meluas, sesiapa pun blh membeli, membaca, menonton, melihat... alangkah sukar nak membendung orang ramai drpd memboikot atau mengurangkan pembelian akhbar2 dan majalah yg sgt byk di luar sana yg sungguh2 xberkualiti & membawa unsur yg krg baik...

Kalau nk senaraikan cth2 majalah dan sgl mcm bentuk media yg krg sesuai tu, terlalu la byk... cukuplah aku nyatakan di sini... akhbar yg agak laris jualannya di kalangan pljr2 U dsbbkan harga yg lbh rendah berbanding akhbar2 lain... br2 ni ada la kluarkan ttg kisah 2 artis wanita ni... ada seorg shbt memberi saranan agar aku xmempedulikan ttg kisah 2 artis wanita ni... katanya xda bw untung pun, buat apa nk sibuk2 ambil tau... ttapi aku punya pandangan berbeza... sbg seorg Muslimah, aku rasa bertanggungjwb utk membantu umat Islam di luar sana agar xterus2an terpengaruh dgn cara artis2 di m'sia... sgt membimbangkan sekiranya anak2 kecil, xkiralah anak sdara kita ke, adik2 kita ke, anak sepupu ke, adik sepupu ke... cenderung utk menyukai gaya artis2 skrg ni...

Teringt pd crita roomateku sem lps, kbtulan ada majalah Remaja di atas meja rumahnya tika itu (dia pun krg pasti sapa yg tlh membeli majalah tu), waktu yg sama, ramai anak2 sdara berkumpul di rumahnya... ada sorg anak sdara roomateku ni, berumur dlm 4thn, tiba2 menjerit "kakak cantik! eh, kakak cantik!" Bila roomateku tanya mana kakak cantik, anak sdaranya menunjukkan cover girl majalah Remaja tu yg aku rasa mcm kekurgn kain utk berpakaian sopan! Alangkah merisaukan aku dan roomateku juga krn majalah2 sebegini memberikan gambaran cantik pd anak2 kecil dgn cara yg xsesuai... mujur roomateku smpat xplain pd anak sdaranya dan bgtau bhw yg bertudung dan berpakaian sopan itu lbh cantik... moga2 anak sdaranya itu blhlah faham & xtertarik kpd 'kakak cantik' yg sgtlah tidak cantik itu.

Berbalik kpd kisah 2 artis wanita td, yg sorg ni dgn bangganya memberitahu ttg kegilaannya kpd sambungn rambut. Menurut apa yg ditulis di akhbar tu, sjk usia 16thn lg artis ni sering kumpul rambut palsu dan sjk thn 2000, beralih ke sambgn rambut coz xthn pakai rambut palsu lama2. "Pd sy, sambgn rambut ni unik, & sy blh memakainya sms bersenam, tidur atau menyelam. Tp skrg sy br membuka sambgn rambut yg sy pakai 6bln lalu". Astaghfirullahaladzim!! Nk kata artis ni bkn Islam, terang2 dia mengaku dia Islam, ttapi tdakkah dia tau bhw hukumnya haram menyambung rambut? apatah lg slama 6bln dia memakai sambgn rambut itu... slma 6bln la perkara haram itu berterusan... nauzubillahimindzalik! Kalaupun artis ni mmg jahil la kan bab2 hukum Islam, yg penulisnya pun jahil juga kah? sampai perlu tulis dgn tanpa rasa bersalah sgl apa yg artis tu bgtau... Kalau la ada pembaca di luar sana yg krg pengetahuan ttg hukum2 Islam, pastinya mrk akan menyangka bhw menyambung rambut itu blh, artis pun buat, kat akhbar pun kluar... xda masalah la kalau nk buat...

Drpd Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma berkata:

Maksudnya: "Nabi SAW melaknat perempuan yang menyambung rambut dengan rambut yang lain, orang yang meminta disambungkan rambut dan orang yang bertatu."

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dari Siti Aisyah, bahawa seorang wanita Anshar menikah dan dia sakit sehingga rambutnya gugur, kemudian ingin menyambungnya dengan rambut lain. Lalu wanita itu bertanya kepada Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah menjawab: "Allah SWT mengutuk orang yang menyambung rambut dan orang yang minta disambungkan rambutnya".

Menyambung rambut dgn rambut asli yg lain itu diharamkan kerana termasuk bhgian dari cara bersoleknya orang jahiliah & ada unsur penipuan tidak sesuai dengan aslinya. Padahal Allah SWT melarang cara bersoleknya jahiliah, seperti mencukur alis dan segala cara bersolek yang dapat merubah ciptaan Allah SWT (wala tabarrujna tabarrujal jahiliah).

Hal sorg lg artis ni pulak... dgn bangganya menjwb isu dia semakin berpakaian seksi dan menggoda spt zaman anak daranya dulu... katanya sbg seorg pelakon dia harus menjg penampilan dr agar sentiasa kelihatan cantik. Sementelah sbg wanita, katanya, biar usia semakin meningkat, penampilan diri tdk harus ditolak ke tepi. Astaghfirullahaladzim... barangkali artis ni lupa bhw semakin usia meningkat itu, semakin hampir kpd kematian... penampilan diri tdk harus ditolak ke tepi, lantas, ibadah buat bekalan diri mcmana? Teguran ikhlas buat penulis termasuk jurugambar, editor, etc... tlg la fikir dgn sewajarnya sblm meletakkan gambar2 artis ni... menyakitkan mata sungguh... yg artis wanita ni blh dgn senyumnya & aksi yg sgt menjolok mata, terpampang besar gambar kat akhbar ni! Gaya & pemikiran artis2 beginilah yg merosakkan diri anak2 Islam kita di luar sana... xterkecuali remaja juga wanita2 yg sudah lewat usia...

Oleh itu, wahai umat Islam sekalian, berusahalah sehabis mungkin utk kita pertahankan akidah Islam drpd dicemari oleh hal2 sebegini... peliharalah ahli keluarga kita agar xterpengaruh dgn cara hidup yg merosakkan dan menjauhkan kita drpd keredhaan Allah swt... berusahalah utk membantu saudara seagama kita yg masih krg kefahaman ttg hukum hakam Islam, smg Allah permudahkan stp urusan kita djln dakwah dan membantu umat Islam di seluruh dunia, insyaAllah..

"Ya Tuhan kami, jgnlah Engkau condongkan hati kami kpd kesesatan stlh Engkau berikan petunjuk kpd kami, dan kurniakanlah kpd kami rahmat dr sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi".


Sunday, August 2, 2009

Alangkah Tak Patut...

salam alayk...

Gagahkan diri utk tulis jg... hr ni krg sht... semenjak minggu lps ramai je shbt2 yg dh xsht... batuk, demam panas... berdoa smg Allah kurniakanku kesihatan yg baik, dan xberjangkit dgn mana2 kwn yg xsht... tp yela, hanya mampu berdoa... Allah jualah yang menentukan segala2nya...

Dr awal pg dh rasa xbrapa ok, tp paksa juga diri drive g skill... rugi lak ponteng skill... terlepas ilmu nak blaja resepi br... alhamdulillah, Allah permudahkan urusan memask tgh hr td... ptg jam 2.30 after skill ada janji temu dgn kwn utk research projek Software Eng... tp berlumba dgn ms, xmenang... slps mkn, solat dan rest jap, kul 3.15 br g library...

Ms drive kreta g lib, kpala dh mula skt... drive td pun mcm xok... mujur Allah pelihara keselamatanku dan shbt yg seorg itu... syukran Allah... kami berdua pun mula la cr buku2 dan mana2 thesis yg berkenaan dgn project... dlm leka mencr buku, dr satu level ke level yg lain, xsedar ms berlalu... dh 4.30... biasalah library kan... suka2 ht je padam lampu time msh ramai student yg ada dlm lib 2 mencr buku, menelaah, surf internet, etc... nk bg sedar la kot, library dh nk tutup!

Bergegas turun ke kaunter utk proses pinjam buku2... (dlm fkrn ms tu, kalau kaunter tutup, nk g kat mchine je, lg cepat & mudah)... tp malang sungguh la... ramai je yg beratur nk pinjam buku... kat kaunter dh ada kadbod yg tertulis, 'closed at 4.15pm'... xpa la kalau kaunter tutup, g kat machine je... tp menyakitkan ht sungguh la... machine not functioning coz plug dh off... ramai la student dgn buku2 yg penuh d tgn beratur, mengharapkan staff lib ada yg sudi bantu utk 'on' kan plug for the machine... bknnya student minta kaunter tu buka pun... hanya machine tu... student yg buat sendiri proses pinjam buku...

Ada satu staff ni, duduk kat kaunter yg sblh sana... hanya pandang buat dunno je... at least bgtau la kami semua yg tgh pjg beratur tu, xblh nk 'on' kan plug ke, or xnak buka kaunter dh ke... ramai je staff lain yg berkeliaran kat situ, tp msng2 buat dunno... mcmlah kami ni budak2 yg kurang cerdik tahap hina dina utk dmaklumkan... ada satu staff sis ni pulak, buat muka tahap masam melebihi cuka tu, marah kat sorg bro international yg asik duk kt kaunter tu, try figuring out on how to 'on' da machine... bgtau la baik2... ni tak... buat muka mcm tu... semua org pun bengang juga tgk...
BestFreeDesign.Com border=


Last2, ada sorg sis ni yg sm2 beratur dgn kami, bgtau, td dia dh tanya sorg staff, dia kata, xblh nak wat apa, dh close, so, g la sorok kt mana2 buku2 yg kami nk pinjam tu, sok pg2 dtg ambik & pinjam... wah!!senang btul solution staff tu bg... ada pulak ya kes sorok2 buku sblm pinjam... permainan apa pun xtau... time sek dulu rasanya xpnh la pula terlibat dgn aktiviti sorok menyorok buku sblm pinjam! hmmm... alangkah xpatut! xblh ke tlg 'on' kan je machine yg ada 2-3 biji tu... kan ramai je student yg nk pinjam buku... consider la ckt... ni x, dh la buat dunno... muka masam lg... alahai staff library... bknkah dpt pahala kalau anda membantu memudahkan urusan pelajar2 yg sdg menuntut ilmu?? alangkah xpatut tindakan anda hr ini...
BestFreeDesign.Com border=


Sok pg2, kena la bergegas g lib ambik buku yg tlh kami 'sorokkan' ptg td... harap2 sempat la dan moga Allah permudahkan buat kami... my partner tu ada clas at 8.30am, kt engin lak... aduh... terkejar2 la dibuatnya... semoga Allah memberikan kesihatan yg baik buatku... buat shbt2 yg krg sht, smg Allah menyembuhkan anda semua!