Pages

Tuesday, August 4, 2009

Apa Nak Jadi...?

salam alayk...

Rasa terpanggil utk membincangkan isu ni... sdh agak lama memndamkan hal ni, tp bbrp hr lps, slps membaca paper yg dibeli di kiosk mahalah ni, membuatkan hatiku jd semakin skt... apa nak jd dgn media di m'sia? Terlalu byk pd pandangan mata ni, perkara2 yg xseharusnya dihebahkan, disebarkan kpd umum... media terlalu meluas, sesiapa pun blh membeli, membaca, menonton, melihat... alangkah sukar nak membendung orang ramai drpd memboikot atau mengurangkan pembelian akhbar2 dan majalah yg sgt byk di luar sana yg sungguh2 xberkualiti & membawa unsur yg krg baik...

Kalau nk senaraikan cth2 majalah dan sgl mcm bentuk media yg krg sesuai tu, terlalu la byk... cukuplah aku nyatakan di sini... akhbar yg agak laris jualannya di kalangan pljr2 U dsbbkan harga yg lbh rendah berbanding akhbar2 lain... br2 ni ada la kluarkan ttg kisah 2 artis wanita ni... ada seorg shbt memberi saranan agar aku xmempedulikan ttg kisah 2 artis wanita ni... katanya xda bw untung pun, buat apa nk sibuk2 ambil tau... ttapi aku punya pandangan berbeza... sbg seorg Muslimah, aku rasa bertanggungjwb utk membantu umat Islam di luar sana agar xterus2an terpengaruh dgn cara artis2 di m'sia... sgt membimbangkan sekiranya anak2 kecil, xkiralah anak sdara kita ke, adik2 kita ke, anak sepupu ke, adik sepupu ke... cenderung utk menyukai gaya artis2 skrg ni...

Teringt pd crita roomateku sem lps, kbtulan ada majalah Remaja di atas meja rumahnya tika itu (dia pun krg pasti sapa yg tlh membeli majalah tu), waktu yg sama, ramai anak2 sdara berkumpul di rumahnya... ada sorg anak sdara roomateku ni, berumur dlm 4thn, tiba2 menjerit "kakak cantik! eh, kakak cantik!" Bila roomateku tanya mana kakak cantik, anak sdaranya menunjukkan cover girl majalah Remaja tu yg aku rasa mcm kekurgn kain utk berpakaian sopan! Alangkah merisaukan aku dan roomateku juga krn majalah2 sebegini memberikan gambaran cantik pd anak2 kecil dgn cara yg xsesuai... mujur roomateku smpat xplain pd anak sdaranya dan bgtau bhw yg bertudung dan berpakaian sopan itu lbh cantik... moga2 anak sdaranya itu blhlah faham & xtertarik kpd 'kakak cantik' yg sgtlah tidak cantik itu.

Berbalik kpd kisah 2 artis wanita td, yg sorg ni dgn bangganya memberitahu ttg kegilaannya kpd sambungn rambut. Menurut apa yg ditulis di akhbar tu, sjk usia 16thn lg artis ni sering kumpul rambut palsu dan sjk thn 2000, beralih ke sambgn rambut coz xthn pakai rambut palsu lama2. "Pd sy, sambgn rambut ni unik, & sy blh memakainya sms bersenam, tidur atau menyelam. Tp skrg sy br membuka sambgn rambut yg sy pakai 6bln lalu". Astaghfirullahaladzim!! Nk kata artis ni bkn Islam, terang2 dia mengaku dia Islam, ttapi tdakkah dia tau bhw hukumnya haram menyambung rambut? apatah lg slama 6bln dia memakai sambgn rambut itu... slma 6bln la perkara haram itu berterusan... nauzubillahimindzalik! Kalaupun artis ni mmg jahil la kan bab2 hukum Islam, yg penulisnya pun jahil juga kah? sampai perlu tulis dgn tanpa rasa bersalah sgl apa yg artis tu bgtau... Kalau la ada pembaca di luar sana yg krg pengetahuan ttg hukum2 Islam, pastinya mrk akan menyangka bhw menyambung rambut itu blh, artis pun buat, kat akhbar pun kluar... xda masalah la kalau nk buat...

Drpd Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma berkata:

Maksudnya: "Nabi SAW melaknat perempuan yang menyambung rambut dengan rambut yang lain, orang yang meminta disambungkan rambut dan orang yang bertatu."

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dari Siti Aisyah, bahawa seorang wanita Anshar menikah dan dia sakit sehingga rambutnya gugur, kemudian ingin menyambungnya dengan rambut lain. Lalu wanita itu bertanya kepada Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah menjawab: "Allah SWT mengutuk orang yang menyambung rambut dan orang yang minta disambungkan rambutnya".

Menyambung rambut dgn rambut asli yg lain itu diharamkan kerana termasuk bhgian dari cara bersoleknya orang jahiliah & ada unsur penipuan tidak sesuai dengan aslinya. Padahal Allah SWT melarang cara bersoleknya jahiliah, seperti mencukur alis dan segala cara bersolek yang dapat merubah ciptaan Allah SWT (wala tabarrujna tabarrujal jahiliah).

Hal sorg lg artis ni pulak... dgn bangganya menjwb isu dia semakin berpakaian seksi dan menggoda spt zaman anak daranya dulu... katanya sbg seorg pelakon dia harus menjg penampilan dr agar sentiasa kelihatan cantik. Sementelah sbg wanita, katanya, biar usia semakin meningkat, penampilan diri tdk harus ditolak ke tepi. Astaghfirullahaladzim... barangkali artis ni lupa bhw semakin usia meningkat itu, semakin hampir kpd kematian... penampilan diri tdk harus ditolak ke tepi, lantas, ibadah buat bekalan diri mcmana? Teguran ikhlas buat penulis termasuk jurugambar, editor, etc... tlg la fikir dgn sewajarnya sblm meletakkan gambar2 artis ni... menyakitkan mata sungguh... yg artis wanita ni blh dgn senyumnya & aksi yg sgt menjolok mata, terpampang besar gambar kat akhbar ni! Gaya & pemikiran artis2 beginilah yg merosakkan diri anak2 Islam kita di luar sana... xterkecuali remaja juga wanita2 yg sudah lewat usia...

Oleh itu, wahai umat Islam sekalian, berusahalah sehabis mungkin utk kita pertahankan akidah Islam drpd dicemari oleh hal2 sebegini... peliharalah ahli keluarga kita agar xterpengaruh dgn cara hidup yg merosakkan dan menjauhkan kita drpd keredhaan Allah swt... berusahalah utk membantu saudara seagama kita yg masih krg kefahaman ttg hukum hakam Islam, smg Allah permudahkan stp urusan kita djln dakwah dan membantu umat Islam di seluruh dunia, insyaAllah..

"Ya Tuhan kami, jgnlah Engkau condongkan hati kami kpd kesesatan stlh Engkau berikan petunjuk kpd kami, dan kurniakanlah kpd kami rahmat dr sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi".


No comments: