Pages

Monday, September 14, 2009

Nafsu yang degil...

salam alayk...

Kita telah melewati 24 Ramadhan... semakin hr semakin hampir Ramadhan ini ke penghujungnya... trasa sebak, sedih, hiba, kecewa, bercampur baur dlm diriku... 24 Ramadhan yg kulalui ini... begitu byk pluang yg Allah berikan, ttp aku xmanfaatkan pluang spjg 24 hr yg lepas dgn sebtul2nya ibadah, qiam yg xteratur, terawih yg xkonsisten, tadabbur AlQuran yg msh melompong di sana sini... msh byk kekurangan dlm diri utk aku menikmati sepenuhnya halawatul Ramadhan... moga2 baki Ramadhan yg ada ini Allah berikan aku kesempatan & pluang utk dimaanfaatkan sepenuhnya, insyaAllah.

Br2 ni, kesempatan yg ada membolehkan aku bersembang2 dgn bbrp karib dan kerabat ttg Ramadhan yg dilalui... seorg saudaraku bertanya ttg perihal manusia2 yg msh melakukan hal2 yg xbaik walaupun d bln Ramadhan... malah katanya, kenapa lebih2 malasnya dia nk qiam, sdgkan patutnya xda dh hantu syaitan nk ganggu konsentrasinya nk beribadah... blum smpat aku membrkan pandangan, adik sepupuku, anje membrkan jwpannya... (yg mengkagumkan aku juga la sbb anak seusia 6thn sprtnya tau pula membrkan jwpn yg btul). Kata anje, "kak ili, nak tau x, mmg la bln Ramadhan ni hantu semua kena ikat... tp kan ada yg ganti hantu... tu, org2 yg biasa duk dua2 org kt bwh jambatan, buat keje2 xelok tu kan, haa... yg tu la hantunya!" Ada btulnya apa yg anje katakan tu, spjg bln Ramadhan ni, sgl tuduhan yg mendorong utk melakukan kejahatan itu xsepatutnya ditujukan pd syaitan laknatullah, ttp pd diri manusia itu sendri...

Ada seorg shbt yg membuatkanku terpaksa 'berdebat' juga la dgnnya... kebiasaan dia berjg sehingga jam 2-3pg rasanya kelebihan yg harusnya dimanfaatkan sebaik2nya... pnh satu ms, aku menanyakan ttg qiamullail... katanya, mcmana nk qiam kalau xtdo pun lg... aduhai, sedih btul rasa... alasan xtdo membuatkan dia xqiam... apa la slhnya kalau pluang yg Allah bg pd dia utk mampu berjg melbihi jam 3pg digunakan sebijak2nya utk mengumpul saham d akhrt kelak? sdgkan dia mampu utk menonton video, main game sehingga jam 2pg, ttp bila nk qiam je, bg alasan sbb xtdo dulu so xla qiam... bila aku mula argue ttg hal tdo dulu, dia membrkan alasan pula buat ibadah xperlu tunjuk2... alahai... jdnya, sapa yg perlu dipersalahkan... syaitankah? yg menghalang shbtku ini utk qiam, syaitankah yg menyebabkan shbtku ini lbh tertarik tgk mvie & main game lbh dr qiamullail? sdgkan hal ni d bln Ramadhan... seharusnya bkn syaitan itu yg dipersalahkan ttp pd diri sendri... ya, pd diri manusia itu sendri dsbbkan nafsu yg dibiarkannya menguasai diri...

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke 13 Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah swt telah menciptakan akal, maka Allah swt telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah swt, kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah swt berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah." Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud : "Wahai akal, tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah swt menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah swt berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau." Setelah itu Allah swt menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah swt. berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah swt menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah swt berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

*Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah swt mewajibkan puasa.

Nafsu itu adalah sangat jahat... oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita. Sekiranya nafsu dibiarkan mengawal kita maka kita akan musnah.

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiayai diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami menjadi orang-orang yang rugi."

No comments: