salam alayk...
Pastinya Ramadhan yang baru sahaja berlalu, jika dilaksanakan dengan penuh penghayatan dan keikhlasan, akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap jiwa setiap individu selain menambahkan lagi ketaqwaan. Apa yang diharapkan ialah segala amalan yang telah dilakukan sepanjang bulan Ramadhan al- Mubarak itu tidak akan ditinggalkan dan dilupakan begitu saja apabila Ramadhan berlalu pergi. Memandangkan kita berada dlm bulan Syawal, maka antara puasa sunat yang khusus dikerjakan di bulan ini ialah puasa enam. Bagi mereka yang mempunyai kebiasaan berpuasa enam, ia bukanlah perkara baru. Oleh itu, jangan ada yang terlepas tanpa mengerjakan puasa enam pada Syawal kali ini. Rebutlah peluang untuk melaksanakannya kerana ia datang sekali saja dalam setahun.
Puasa yang biasa disebut sebagai puasa enam ialah puasa yang sunat dikerjakan sebanyak enam hari dlm bulan Syawal. Bagaimanapun para ulama berbeza pendapat mengenai cara mengerjakan puasa enam ini. Secara ringkas dijelaskan pendapat tersebut sprt berikut:
1. Sebahagian besar ulama berpendapat puasa enam dikerjakan secara berturut-turut selepas Hari Raya, iaitu mulai Hari Raya kedua dan seterusnya.
2. Sebahagian ulama muta’akhirin pula berpendapat puasa enam itu harus dikerjakan secara berselang-seli atau berasingan sepanjang bulan Syawal. Samada pada minggu pertama, kedua, ketiga atau minggu terakhir bulan Syawal.
Telah disebutkan dalam hadith Rasulullah saw drpd Abu Ayyub al-Anshari ra:

“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan,
kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal,
(puasanya di bulan Ramadhan dan enam hari di bulan Syawal itu)
seperti puasa sepanjang tahun.”
(Hadith riwayat Muslim)

Sebuah hadith riwayat Tsauban ra bahawa Rasulullah saw bersabda:
“Berpuasa sebulan (di bulan Ramadhan itu disamakan)
dengan sepuluh bulan berpuasa dan berpuasa enam
hari selepasnya (di bulan Syawal disamakan) dengan dua bulan
berpuasa, maka yang sedemikian itu (jika dicampurkan menjadi)
genap setahun.”
(Hadith riwayat ad-Darimi)

Bagi orang yang meninggalkan puasa Ramadhan yang disebabkan oleh keuzuran yang diharuskan oleh syara‘, jika dia hendak melakukan qadha puasa Ramadhan itu pada bulan Syawal, ia boleh dilakukan sekaligus dengan puasa enam. Caranya ialah orang tersebut hendaklah berniat bagi kedua-duanya, iaitu puasa qadha dan puasa sunat tersebut dengan tujuan bagi mendapatkan ganjaran kedua-duanya sekali (iaitu ganjaran puasa qadha dan ganjaran puasa sunat).
Sesetengah individu merasakan, untuk mengqadha puasa Ramadhan apatah lagi untuk berpuasa sunat enam di bulan Syawal, dia bakal menghadapi beberapa rintangan. Ini kerana,khususnya pada musim Hari Raya Aidilfitri,amalan berziarah ke rumah saudara-mara dan sahabat-handai sudah menjadi adat dan kebiasaan. Open house ataupun rumah terbuka juga termasuk amalan yang biasa dilakukan di hari raya ini. Kadang2, sebagai tetamu, sesetengah undangan ‘open house’ ini sukar ditolak sehingga menyebabkan seseorang yang sedang berpuasa itu terpaksa membuat pilihan, lebih-lebih lagi jika kunjungan itu hanya mampu dibuat pada siang hari. Perlu diingat bahawa berpuasa itu bukanlah sebagai penghalang untuk tidak menghadiri jemputan.
Berdasarkan hadith drpd Abu Hurairah ra, bahawa Rasulullah saw bersabda:

“Jika dijemput seseorang daripada kamu ke (majlis)
jamuan, maka penuhilah (undangan itu). Jika dia sedang
berpuasa, maka doakanlah tuan rumah itu, dan jika dia tidak
berpuasa, maka makanlah.”
(Hadith riwayat Muslim)
jamuan, maka penuhilah (undangan itu). Jika dia sedang
berpuasa, maka doakanlah tuan rumah itu, dan jika dia tidak
berpuasa, maka makanlah.”
(Hadith riwayat Muslim)
Akan tetapi jika puasa yang dilakukan oleh seseorang yang menjadi tetamu itu adalah puasa sunat, maka dalam keadaan tertentu dia diberikan pilihan, sama ada untuk meneruskan puasanya ataupun disunatkan baginya berbuka dan tidak meneruskan puasa sunat tersebut.
Satu riwayat drpd Abu Sa‘id al-Khudri ra bahawa Rasulullah saw pernah menyuruh seorang yang sedang berpuasa sunat supaya berbuka dalam majlis jamuan makan, sabda Baginda:

“Saudara kamu menjemput kamu dan bersusah
payah untuk kamu.” Kemudian Baginda bersabda lagi kepadanya:
"Berbukalah dan berpuasalah pada hari lain sebagai gantinya jika
kamu mahu.”
(Hadith riwayat al-Baihaqi)

Akan tetapi hukumnya adalah berbeza jika puasa yang dikerjakan oleh seseorang itu merupakan puasa fardhu, misalnya puasa qadha Ramadhan atau puasa nazar, maka adalah haram baginya untuk berbuka. Cukuplah baginya sekadar menghadiri jemputan tersebut dan disunatkan juga ke atasnya untuk mendoakan keberkatan serta keampunan ke atas tuan rumah dan para hadirin.
Oleh itu, berusahalah utk mengerjakan puasa sunat enam di bulan Syawal ini, jgn biarkan ia terlepas dan berlalu begitu saja. Mari berpuasa enam!

No comments:
Post a Comment