Pages

Wednesday, November 25, 2009

Indonesia... I'm here!

salam alayk...

Lama jg xupdate blog ni... alhamdulillah, cuti sem 1 dh bermula... sabtu lepas aku slmt tiba di indonesia... kerinduan utk bertemu mama & ayah xterbendung... saat tiba di pintu arrival, suara mama dh kedengaran memanggil namaku... terus dipeluk cium, mama pula menangis... aduh2... anakmu sudah sampai mama... jgn ngs ya... mmg rindu sungguh la mamaku ini...

Odw back home, singgah giant kat BSD city, tangerang utk bli brg... ketika dlm kreta, sesuatu menarik perhatianku... tp maaf la krn susah nk ambik pic dlm kreta yg bergerak... kualiti pic xbrapa baik.


sarat motor (speda motor in indonesia) dgn permainan!



kalau kat m'sia, penuh dgn roti, tp kt cni lain pula...
mcm2 permainan ada.

Dh sampai giant BSD city, sumthng menarik juga... dr kunjungan sblm ni pun dh sedar, tp lupa nk ambik pic... mujur kali ni xlupa... brg2 perkakasan mcm pinggan, sudu, or tuala kat indonesia ni biasanya xdijual satu2... tapi ikut timbang kilo... =)



buat org di msia pasti tertanya2... handuk ni apa sbnrnya?...



harga handuk ni Rp6,490 per 100gm.



haa... inilah handuk... tuala sbnrnya... kalau anda ke cni tanya tuala,
org cni xtau apa... kalau sebut handuk br faham.

Teringt ms 1st time g puncak awal thn ni... ayah ms tu msh lum tau byk ttg bhs indonesia, so xtau la yg handuk ni tuala... ms kami kat puncak(di vila kota bunga), ayah tanya pd pak ajat(pemandu pelancong kami), dialognya lbh kurg begini:

ayah: pak jat, di sini ada tuala ngak?
pak ajat: tuala? apa itu ya pak?

ayah: tuala pak jat, yg lap badan tu... x ada ya?

pak ajat: kurang pasti sy pak... tuala itu apa ya?
ayah: aduh... apa ya tuala kalau di cni(ayah terlupa nk tanya aku- jurubhs utk family ms tu..hehehe)..pak jat... kain yg buat lap badan selepas kita mandi tu... haa.. itu la tuala.. ngak ada ya?
pak ajat: owwhh! handuk ya pak? ngak ada pak... harusnya dibw sendiri... handuk itu towel pak...
ayah: apa pak jat? handuk ya? owh...handuk...iya2...towel.


Hal yg sama juga berlaku ms my uncle, pak jang tanya kat hotel di bandung utk xtra towel... bila pak jang tanya tuala, terpinga2 budak hotel tu... lwak tul.. mujur la aku fhm byk jg la bhs2 indonesia ni... sampai kena jd jurubhs buat family... malah org2 cni igt aku org jakarta!aishh.. along suka sakat aku utk jd PR cni... xmau la... i love my country ssooooo much! aku anak malaysia n proud to be malaysian!

Sampai umah mlm sabtu... keesokannya ayah bw aku g jln2 kat anyer, karang bolong n pantai chalita... plannya nk picnic, rendam kaki n main2 air laut yg kurindui... tp sygnya, waktu tu air pasang... takut jg dibuatnya... ombak sgt besar... angin kencang... xdpt bygkan ms tsunami dulu mcmana... paras air laut pun mendadak naik... serius... aku jd gerun sgt2... terbayangkan kiamat... ombak tinggi btul.. angin kencang sampai membuat pokok2 seolah2 nk menyembah bumi... ya Allah... sgl puji bgMU! bbrp pic yg smpt kurakam...



paras air laut naik mendadak... sepatutnya yg hitam2 tu(karang)
mmg jelas nampak & org blh berjalan atasnya.



ms ni mmg angin bertiup sgt kencang...



dh berdiri agak jauh dr tebing pun still terkena percikan air laut.



patutnya kat cni blh ambk pic, tp time ni xsesuai, basah org2 yg nk ambik pic...
ni kat pantai karang bolong, anyer, cilegon.



ni la karang bolong... atr 7 wonders in banten... dipanggil karang bolong
sbb di tgh2 karang ni bolong(berlubang) dan membentuk arch...
mmg cantik... semulajd terbentuk mcm ni... karang ni sgt2 la besar, sampai aku & ayah
leh hiking... serius tinggi... brapa ribu kaki pun xtau la... aku yg biasanya xgayat
leh rasa gayat ms mendaki puncak karang ni... dgn angin kencang & laluan yg curam,
mmg gayat la... nampak pula lautan yg sdg bergelora... bertasbih dan berzikir spjg
pendakian & menuruni lereng tu...



karang bolong...



laluan pendakian...

Memandangkan xjd nk picnic, ayah bw aku & mama gi lunch kat Midori... famous place to eat kat anyer... Dr Sigit, lecturerku kalau dtg anyer mmg akan bw family dia mkn kt cni... indonesian fud ada, japanese fud pun ada... sedap n pemandangan pun cantik... blh pilih nk duduk kat tmpt yg tertutup(air-conditioned) yg terbuka - kat pondok lesehan or kat meja... best sgt mkn kat cni sbb kami ditemani dgn angin sepoi2 bhs, melihat pondok2 lesehan & pohon2 kelapa... terbayangkan kampung yg sgt cantik!



pondok2 ni dipanggil pondok lesehan...
mmg biasanya org akan plh utk mkn kat pondok ni... bersila sambil menikmati hidangan.



dlm pondok lesehan...



cantik sgt pemandangan kat cni... pokok kelapa meliuk lentuk dibuai angin dr pantai...



teringin nak kampung mcm ni... tenang & mendamaikan...
anyer ni mcm cherating kat kuantan... cumanya cherating lbh teratur & jalan lbh cantik.




sesuatu yg menarik perhatianku utk diambil gambar...
sinki dlm bhs indonesia dipanggil wastafel... ni kat Midori.

Satu hal yg aku rasa cukup mengagumkan di indonesia ni ialah mudah utk mencari musolla... mmg mudah utk solat walau kat mana2 pun... stp tmpt mkn yg aku & family pergi mmg ada musolla..wpun kecil tp ttp ada... memudahkan musafir & pengunjung utk menunaikan solat... rasanya idea mcm ni blh la dipratikkan di malaysia...insyaAllah.

Wednesday, November 11, 2009

Say NO to Ghibah!

salam alayk...

"Dari Aisyah, katanya beliau berkata, "Wahai Rasulullah, berhati-hatilah terhdp Shafiyah." Mendengar yg demikian, Rasulullah saw berkata, "Wahai Aisyah, engkau telah mengatakan satu perkataan yg seandainya lautan dpt melarutkannya, maka ia akan larut seluas lautan itu." Kata Aisyah lagi, "Dan saya juga tlh menceritakan perkara ini kpd org lain." Kemudian Rasulullah bersabda, "Rasanya aku tidak pernah sekalipun menceritakan kpd seseorg bahawa aku punya itu dan ini."
(Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Ghibah adalah membicarakan, mencela dan menyebut2 kekurangan org lain serta segala sesuatu yg tidak disukainya jika ada pd diri mrk.
Firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari prasangka(supaya kamu tidak menyangka sangkaan yg dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa; dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Sudah tentu kamu merasa jijik. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. "
(Al-Hujurat:12)

Dari riwayat Abu Hurairah r.a beliau berkata, "Aku menyebutkan tentang ghibah di sisi Nabi saw, kemudian baginda mendefinisikan dengan sabdanya:
"Engkau menceritakan diri saudaramu tentang apa yang tidak dia sukai. Kalau betul apa yg engkau ceritakan itu bererti engkau telah mengumpatnya, kalau tidak betul bererti engkau telah memfitnahnya."
(Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah saw bersabda yg bermaksud:
"Tahukah kamu apa yg dikatakan ghibah(mengumpat) itu?" Para sahabat menjawab, "Allah dan RasulNya yg lebih tahu." Rasulullah saw menjelaskan, "Engkau menceritakan keadaan saudaramu yg tidak terdapat pd dirinya." Salah seorang sahabat bertanya, "Bagaimana kalau yg saya ceritakan itu mmg ada pd dirinya?" Rasulullah saw menjawab, "Jika yg engkau katakan itu mmg ada pd dirinya bererti engkau telah mengumpatnya dan kalau tidak betul bererti engkau telah memfitnahnya."

Para sahabat Nabi sentiasa saling menasihati sesama mereka dan org lain agar tidak menceritakan perihal org lain(mengumpat), juga utk menjauhi perkumpulan tmpat mengumpat, mengadu domba dan semua yg berkaitan dgn kesia2an serta menyakiti org lain.

Rasullullah saw bersabda lg yg bermaksud:
"Demi sesungguhnya jika slh seorg kamu memakan bangkai sehingga kenyang lbh baik lagi baginya drpd dia memakan daging saudaranya sesama muslim(mengumpatnya)"

Ini menunjukkan betapa mengumpat itu suatu perbuatan yg sgt keji lagi menghinakan... adalah lbh baik memakan bangkai drpd melakukan ghibah. Mari kita renungkan kisah yg diriwayatkan drpd Anas r.a:

Dari riwayat Anas r.a, ia berkata, "Bangsa Arab sentiasa saling menolong sesama mrk dlm perjalanan. Pd suatu ketika, seorg lelaki membantu Abu Bakar & Umar dlm suatu perjlnan, kemudian mrk tertidur. Stlh keduanya(Abu Bakar & Umar) terjaga, keduanya tidak menemukan makanan yg seharusnya tlh disiapkan dan lelaki itu msh tertidur.

Keduanya berkata, "Sungguh lelaki ini org yg plng suka tidur di atr kamu." Kemudian keduanya membangunkannya. Stlh itu keduanya menyuruh lelaki tersebut agar dtg kpd Rasulullah seraya berkata, "Dtglah kpd Rasulullah dan katakan kpd Baginda bhw Abu Bakar dan Umar menyampaikan salam kpd Baginda dan keduanya meminta makanan kpd anda."

Lelaki itu pun menghadap Rasulullah saw dan menyampaikan pesan Abu Bakar & Umar. Maka Rasulullah saw pun berkata, "Katakan kpd mereka berdua bhw mereka sudah makan." Stlh mendgr pesan Rasulullah itu, keduanya sgt terkejut hingga mrk pergi menemui Rasulullah dan berkata, "Ya Rasulullah, kami menghtr utusan menjumpaimu utk meminta makanan, tetapi tuan mengatakan bhw kami sudah mkn, jd apa yg sudah kami mkn?"

Rasulullah menjwb, "Sebab kamu telah memakan daging saudara kamu. Sungguh aku dpt melihat dagingnya di celah-celah mulut kamu." Abu Bakar dan Umar berkata, "Ya Rasulullah, kalau begitu mohonlah ampunan utk kami." Rasulullah menjwb, "Dia, sebenarnya dia yg memohonkan ampunan utk kamu berdua."

Rasulullah saw bersabda lg yg bermaksud:
"Seseorang yg mengumpat org lain di dunia, akan didatangkan mayat kepadanya pd hari kiamat kelak dan dikatakan kepadanya,"Sebagaimana engkau telah memakan dagingnya hidup-hidup, maka makanlah ia ketika telah mati." "
(Hadis riwayat Tabrani)

Pada suatu hari, Rasulullah saw menyampaikan khutbah di hdpn org ramai. Di atr isi khutbah baginda adalah:
"Wahai kumpulan org yg beriman dgn lidahnya padahal keimanan tidak masuk ke dlm hatinya, jgnlah kamu mengumpat org-org Muslim dan jgnlah mencari-cari cela mereka. Sebab, sesiapa yg mencari-cari cela saudaranya sesama Muslim, maka Allah akan mencari-cari cela dan aibnya. Dan sesiapa yg dicari-cari Allah aibnya nescaya Dia(Allah) akan mendedahkannya sekalipun berada di tmpat tersembunyi di dlm rumahnya."
(Hadis riwayat Tirmizi)

Demikianlah kerasnya larangan dan besarnya dosa mengumpat. Walaupun benar seseorg itu punya cela, aib, cacat juga kekurangan, tidak blh diceritakan atau dihebahkan kekurangan itu. Apatah lagi kalau tidak benar, maka akan menjadi fitnah. Mengumpat org berdosa besar malah cara menghilangkan dosa itu pun susah. Menghapuskan dosa kpd Allah cukup dgn meminta ampun dan bertaubat kpdNya. Menghapuskan dosa sesama manusia mesti meminta maaf kpd org yg berkaitan.

Kadang2 kita ingin meminta maaf ttpi org yg berkaitan tidak tahu di mana atau sudah meninggal dunia. Sekiranya org yg dicari tidak dijumpai atau sudah meninggal dunia, maka mohonlah maaf dgn cara memohon kpd Allah utk diampunkan dosa org yg berkaitan.

Sabda Nabi yg bermaksud:
"Di antara cara menghapus dosa ghibah, hendaknya kamu meminta maaf kpd org yg telah kamu ghibahkan, dan katakan, "Ya Allah, berilah ampunan kepada kami dan kepadanya(org yg telah kamu ghibahkan)"."

Oleh itu sahabat2, berusahalah seboleh mungkin utk menghindari ghibah. Tidak dinafikan, sbg manusia yg lemah & sering terkhilaf, kita kdg2 scr xsengaja melakukan ghibah. Sbg hamba yg sgt byk melakukan kesilapan, aku juga kdgkala xterlepas mengumpat & mengata keburukan org lain dek kerana skt ht & terikut hasutan syaitan. Sekiranya kita tersedar akan kesalahan itu, maka segeralah mohon keampunan kpd Allah dan org yg berkaitan. Moga2 Allah mengampuni kita & org2 yg kita ghibahkan sudi memberi kemaafan buat kita, insyaAllah.


Tuesday, November 10, 2009

Ayuh berdoa!

salam alayk...

Terlalu lama xmenulis di blog... final xam mengalihkan tumpuanku utk trus menulis sesuatu yg baru... alhamdulillah, sudah 3paper berjaya kuharungi walaupun diuji dgn selsema dan sore throat... akibat minum air sejuk byk sgt sblmnya... insyaAllah, lg 2paper yg tinggal... moga dipermudahkan Allah utk ku menjwbnya nnt..

Menyentuh ttg final xam, selain drpd usaha yg disemai... kita seharusnya tidak lupa utk berdoa dan yakin kpd Allah... mama slalu mengingatkanku juga kak long sekiranya kami berdebar nk menghadapi xams, bkn setakat final xam, ttpi apa2 jua xam, baik midterm, quizzes ataupun sewaktu ujian memandu... selain berusaha utk stdy, jgn lupa sentiasa berdoa... doa itu sebenarnya senjata terbesar seorg mukmin, malah dgn berdoa juga seseorg itu lebih bersemangat menghadapi ujian... berdoalah kpd Yang Berkuasa Memakbulkan doa, juga jgn lupa utk meminta ibu bapa berdoa utk kejayaan & kecemrlangan kita...

Di ksmpatan ini, aku ingin berkongsi serba sedikit kaedah & adab berdoa, insyaAllah, moga2 bermanfaat. Salam kejayaan & kecemerlangan buat semua shbt2 yg sedang menghadapi final xam skrg ni, bittaufiq wannajah fil imtihan!

Kaedah & adab berdoa:
1.Hendaklah dlm keadaan suci dr hadas kecil & besar selain memakai pakaian bersih serta tmpat berdoa yg selesa.
2.Menghadap kiblat & berdoalah dgn khusyuk tawaduk selain merendah diri kpd Allah.
3.Doa dimulakan dgn membc al-Fatihah atau memuji Allah sekurg2nya, "Alhamdulillahirabbil'alamin" diikuti dgn membc selawat ke atas Nabi.
4.
Berdoa dgn suara yg perlahan dan merendah diri selain mengakui segala kesalahan serta dosa2 yg pernah dilakukan.
Firman Allah yg bermaksud:
"Berdoalah kepada TuhanMu dengan rendah hati dan (dengan suara) perlahan.
Sungguh, Dia tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas."
(Al-A'raf:55)

5. Selepas selesai berdoa, sapukan kedua2 tgn ke muka.
6. Berdoa perlulah dgn penuh keyakinan bhw Allah akan memperkenankan doa kita. Jgn sekali2 berdoa dlm keadaan hati sedang lalai atau kurang yakin.
Rasulullah saw bersabda, maksudnya:
"Berdoalah kamu kpd Allah dlm keadaan penuh yakin Dia akan memperkenankan doa kamu. Dan, ketahuilah sesungguhnya Allah tidak akan memperkenankan doa drpd hati yg lalai atau keluh kesah"
(Riwayat At-Tarmizi)

7. Setiap org Islam hendaklah berdoa kpd Allah ketika dlm kesenangan supaya Allah akan memperkenankan doanya dlm kesusahan.
8.Sebaik2 doa ialah dgn kata2 yg mudah & ringkas serta mempunyai pengertian yg luas, sbg cth: "Ya Allah, Tuhan kami! Kurniakanlah kpd kami kebaikan di dunia wal akhirah dan peliharalah kami dr azab api neraka."
9. Utk memohon sesuatu hajat, ulangi perkara itu sekurg2nya tiga kali.
1
0. Jgn sekali2 berdoa utk meminta sesuatu keburukan/kejahatan, perpecahan/permusuhan dlm masyarakat atau keluarga. Jgn mendoakan keburukan dan kehancuran org lain. Apabila berdoa, jgn meminta sesuatu yg mustahil.
11. Jgn mudah putus asa atau merajuk sekiranya doa masih belum dikabulkan Allah. Sebaik2nya, hendaklah bersabar & terus berdoa selain berserah diri & yakin kpd Allah.
12. Sblm mengakhiri doa, tutuplah doa dgn selawat ke atas Nabi saw selain puji2an kpd Allah.