Pages

Wednesday, November 11, 2009

Say NO to Ghibah!

salam alayk...

"Dari Aisyah, katanya beliau berkata, "Wahai Rasulullah, berhati-hatilah terhdp Shafiyah." Mendengar yg demikian, Rasulullah saw berkata, "Wahai Aisyah, engkau telah mengatakan satu perkataan yg seandainya lautan dpt melarutkannya, maka ia akan larut seluas lautan itu." Kata Aisyah lagi, "Dan saya juga tlh menceritakan perkara ini kpd org lain." Kemudian Rasulullah bersabda, "Rasanya aku tidak pernah sekalipun menceritakan kpd seseorg bahawa aku punya itu dan ini."
(Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Ghibah adalah membicarakan, mencela dan menyebut2 kekurangan org lain serta segala sesuatu yg tidak disukainya jika ada pd diri mrk.
Firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari prasangka(supaya kamu tidak menyangka sangkaan yg dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa; dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Sudah tentu kamu merasa jijik. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. "
(Al-Hujurat:12)

Dari riwayat Abu Hurairah r.a beliau berkata, "Aku menyebutkan tentang ghibah di sisi Nabi saw, kemudian baginda mendefinisikan dengan sabdanya:
"Engkau menceritakan diri saudaramu tentang apa yang tidak dia sukai. Kalau betul apa yg engkau ceritakan itu bererti engkau telah mengumpatnya, kalau tidak betul bererti engkau telah memfitnahnya."
(Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah saw bersabda yg bermaksud:
"Tahukah kamu apa yg dikatakan ghibah(mengumpat) itu?" Para sahabat menjawab, "Allah dan RasulNya yg lebih tahu." Rasulullah saw menjelaskan, "Engkau menceritakan keadaan saudaramu yg tidak terdapat pd dirinya." Salah seorang sahabat bertanya, "Bagaimana kalau yg saya ceritakan itu mmg ada pd dirinya?" Rasulullah saw menjawab, "Jika yg engkau katakan itu mmg ada pd dirinya bererti engkau telah mengumpatnya dan kalau tidak betul bererti engkau telah memfitnahnya."

Para sahabat Nabi sentiasa saling menasihati sesama mereka dan org lain agar tidak menceritakan perihal org lain(mengumpat), juga utk menjauhi perkumpulan tmpat mengumpat, mengadu domba dan semua yg berkaitan dgn kesia2an serta menyakiti org lain.

Rasullullah saw bersabda lg yg bermaksud:
"Demi sesungguhnya jika slh seorg kamu memakan bangkai sehingga kenyang lbh baik lagi baginya drpd dia memakan daging saudaranya sesama muslim(mengumpatnya)"

Ini menunjukkan betapa mengumpat itu suatu perbuatan yg sgt keji lagi menghinakan... adalah lbh baik memakan bangkai drpd melakukan ghibah. Mari kita renungkan kisah yg diriwayatkan drpd Anas r.a:

Dari riwayat Anas r.a, ia berkata, "Bangsa Arab sentiasa saling menolong sesama mrk dlm perjalanan. Pd suatu ketika, seorg lelaki membantu Abu Bakar & Umar dlm suatu perjlnan, kemudian mrk tertidur. Stlh keduanya(Abu Bakar & Umar) terjaga, keduanya tidak menemukan makanan yg seharusnya tlh disiapkan dan lelaki itu msh tertidur.

Keduanya berkata, "Sungguh lelaki ini org yg plng suka tidur di atr kamu." Kemudian keduanya membangunkannya. Stlh itu keduanya menyuruh lelaki tersebut agar dtg kpd Rasulullah seraya berkata, "Dtglah kpd Rasulullah dan katakan kpd Baginda bhw Abu Bakar dan Umar menyampaikan salam kpd Baginda dan keduanya meminta makanan kpd anda."

Lelaki itu pun menghadap Rasulullah saw dan menyampaikan pesan Abu Bakar & Umar. Maka Rasulullah saw pun berkata, "Katakan kpd mereka berdua bhw mereka sudah makan." Stlh mendgr pesan Rasulullah itu, keduanya sgt terkejut hingga mrk pergi menemui Rasulullah dan berkata, "Ya Rasulullah, kami menghtr utusan menjumpaimu utk meminta makanan, tetapi tuan mengatakan bhw kami sudah mkn, jd apa yg sudah kami mkn?"

Rasulullah menjwb, "Sebab kamu telah memakan daging saudara kamu. Sungguh aku dpt melihat dagingnya di celah-celah mulut kamu." Abu Bakar dan Umar berkata, "Ya Rasulullah, kalau begitu mohonlah ampunan utk kami." Rasulullah menjwb, "Dia, sebenarnya dia yg memohonkan ampunan utk kamu berdua."

Rasulullah saw bersabda lg yg bermaksud:
"Seseorang yg mengumpat org lain di dunia, akan didatangkan mayat kepadanya pd hari kiamat kelak dan dikatakan kepadanya,"Sebagaimana engkau telah memakan dagingnya hidup-hidup, maka makanlah ia ketika telah mati." "
(Hadis riwayat Tabrani)

Pada suatu hari, Rasulullah saw menyampaikan khutbah di hdpn org ramai. Di atr isi khutbah baginda adalah:
"Wahai kumpulan org yg beriman dgn lidahnya padahal keimanan tidak masuk ke dlm hatinya, jgnlah kamu mengumpat org-org Muslim dan jgnlah mencari-cari cela mereka. Sebab, sesiapa yg mencari-cari cela saudaranya sesama Muslim, maka Allah akan mencari-cari cela dan aibnya. Dan sesiapa yg dicari-cari Allah aibnya nescaya Dia(Allah) akan mendedahkannya sekalipun berada di tmpat tersembunyi di dlm rumahnya."
(Hadis riwayat Tirmizi)

Demikianlah kerasnya larangan dan besarnya dosa mengumpat. Walaupun benar seseorg itu punya cela, aib, cacat juga kekurangan, tidak blh diceritakan atau dihebahkan kekurangan itu. Apatah lagi kalau tidak benar, maka akan menjadi fitnah. Mengumpat org berdosa besar malah cara menghilangkan dosa itu pun susah. Menghapuskan dosa kpd Allah cukup dgn meminta ampun dan bertaubat kpdNya. Menghapuskan dosa sesama manusia mesti meminta maaf kpd org yg berkaitan.

Kadang2 kita ingin meminta maaf ttpi org yg berkaitan tidak tahu di mana atau sudah meninggal dunia. Sekiranya org yg dicari tidak dijumpai atau sudah meninggal dunia, maka mohonlah maaf dgn cara memohon kpd Allah utk diampunkan dosa org yg berkaitan.

Sabda Nabi yg bermaksud:
"Di antara cara menghapus dosa ghibah, hendaknya kamu meminta maaf kpd org yg telah kamu ghibahkan, dan katakan, "Ya Allah, berilah ampunan kepada kami dan kepadanya(org yg telah kamu ghibahkan)"."

Oleh itu sahabat2, berusahalah seboleh mungkin utk menghindari ghibah. Tidak dinafikan, sbg manusia yg lemah & sering terkhilaf, kita kdg2 scr xsengaja melakukan ghibah. Sbg hamba yg sgt byk melakukan kesilapan, aku juga kdgkala xterlepas mengumpat & mengata keburukan org lain dek kerana skt ht & terikut hasutan syaitan. Sekiranya kita tersedar akan kesalahan itu, maka segeralah mohon keampunan kpd Allah dan org yg berkaitan. Moga2 Allah mengampuni kita & org2 yg kita ghibahkan sudi memberi kemaafan buat kita, insyaAllah.


No comments: