Pages

Tuesday, March 23, 2010

Pergi Tak Kembali

salam alayk...

Alhamdulillah... pd saat ini xterhingga kesyukuran kupanjatkan kpd Allah swt yg masih memberikan aku kesempatan utk mempunyai kedua ibu dan ayah... kerinduan pd mama & ayah semakin mengasak2 emosiku sehingga aku kdg2 menjd terlalu cepat sensitif & menangis sbb rindukan mereka...

Takziah buat shbtku yg br sj kehilangan ayah pd sabtu lepas(20.3.2010)...betapa Allah menguji shbtku yg seorg ini krn pd tarikh yg sama kehilangan ayah adlh tarikh lahir buat ibunya... ditambah pula dgn final xam yg perlu dihadapi skrg...aku benar2 terkesan mendengar berita pemergian ayahnya...ketakutan menghadapi situasi yg sm membuatkan aku trasa nk terbang g indon & berada dgn mama ayah sentiasa... kalau ikutkan ht nk mama ayah ada dpn mata, xnk berpisah jauh2...aku btul2 takut sekiranya xberkesempatan nk berbakti pd ibu bapa, xberkesempatan nk berjumpa mereka sblm mereka pergi tak kembali...ya Allah...berilah aku kesempatan itu ya Rabbi...

Kisah bbrp org shbt yg berhadapan kehilangan ibu bapa mrk membuatkan aku rasa bersyukur sgt2 sbb Allah msh bg aku kesempatan lg utk mempunyai mama ayah saat ini...crita kida ttg arwah abahnya yg msh terngiang2, kerinduan k.shimah pd arwah ibu yg diluahkan, memori yana ttg arwah ayahnya, juga kisah hasan yg benar2 menyentuh perasaanku...membuatkan aku terpanggil utk menulis di sini... betapa kita kena benar2 hargai ibu bapa yg Allah kurniakan... adakalanya kita berlainan pendapat & berlaku perselisihan faham dgn mereka, cepat2 la mohon maaf... aku sendiri pun msh lg rasa bersalah krn pernah meninggikan suara juga bergaduh dgn ayah wpun dh minta maaf.... trasa benar bersalah itu sbb membuatkan ayah dan mama trasa hati...wpun apa yg aku lakukan cumalah luahan rasa yg xpuas ht, wpun tindakan aku itu cuma utk melindungi family dr gangguan2 individu yg busuk ht..wpun kdgkala aku cuma merajuk & xberniat buatkan mama ayah trasa... tp sampai saat ini, sungguhpun aku dh minta maaf, masih lg trasa bersalah & menyesal sbb pnh membuatkan mereka trasa...

Oleh itu shbt2, ingatan buat diriku sendiri juga buat yg lain, selagi kita termampu utk membuat kebaikan pd ibu bapa, selagi mereka masih ada, berusahalah utk membuatkan ibu bapa kita gembira, wpun kdgkala ada masa2 sukar yg menguji kita... jgnlah pnh berhenti berbuat baik pd ibu bapa... mmg sbg manusia kita xterlepas dr kekhilafan... ada masanya kita xsngaja melukakan ht ibu bapa... tp jgnlah menjd ego & xmeminta maaf...mcm pesan shbtku yg seorg itu...selagi ada ibu bapa dpn mata, minta maaf la byk kali pun xpa, sbb bila kita dh kehilangan mereka, ms tu la kita akan trasa menyesal sbb byk perkara yg kita nk buat utk mereka, byk kemaafan yg kita nk pohon, byk penyesalan yg kita nk luahkan, tp sygnya, mereka dh pergi tak kembali...

Ya Allah,
Sesungguhnya perwatakanku keras, maka lunakkanlah watakku & lembutkanlah hatiku buat kedua ibu ayahku...
Rendahkanlah suaraku bagi mereka...
Perindahlah ucapanku di depan mereka...

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah, hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbal Alamin..

1 comment:

Fyza Yoora said...

assalamualaikum kak ili.
I hope you don't mind, i took some of your words that were in bold for my motivational use.
I really feel motivated by those words, which made me reflect all my wrong doings and sufferings i gave towards my parents. I took it and post it to my blog. Klau nk tgk gi blog faezah ye. Hehehe.
anyways, kak ili tkde facebook ke, leh borak2. lama tk borak2 ngan kak ili.

ok la, bye. =)