Salam alayk...
Alhamdulillah...sudah hari ke-3 menjalani ibadah puasa...dan kedatangan Ramadhan kali ni begitu byk maknanya buat diriku...awal Ramadhan telah teruji kesabaran dan ketabahn diri menghadapi rasa sakit...kafarah dosa barangkali...dan tanda Allah masih mengasihiku...alhamdulillah...kecuaian diri sehingga membuatkan tangan kiri terpksa memakai arm sling selama 2 hr dan seluruh badan terasa sakit membuatkan aku lebih mngerti erti syukur dan sabar...serta memberikan aku peluang utk muhasabah (sudah selalu dgr..nk tukar pulak la) improvisasi diri...insyaAllah...
Apabila menjd 'stuntwoman' dan mengalami kecederaan, plan yg byk nk buat terpksa ditunda..terutamanya menu2 masakan utk buka puasa...br je nk lepas gian masak...tp diuji pula dgn kecederaan...sedih la juga sbb ayah blk n mcm2 da plan nk menjamu family...tp alhamdulillah wa syukrillah...Allah beri juga kesempatan utk aku masak sesuatu yg sudah lm plan apabila ayah blk...first try n memuaskan(wpun family da beri pujian)...nk try lg next time so dat lebih best dan ummpphh!
Karipap ayam utk ayah dan family! (^____^)
Nk share resepi so that org lain pun blh cuba...
Untuk kulit/pastri:
800gm tepung gandum (beli tepung cap wau sbb byk kenangan!)
80gm tepung jagung
80gm tepung ubi
3 sudu besar marjerin/ghee (panaskan)
1/4 cawan minyak (panaskan)
sedikit garam ( lbh krg 1 1/2 sudu teh)
air (guna air sejuk, air biasa pun blh)
Untuk inti:
8 ulas bawang merah (dikisar)
5 ulas bawang putih (dikisar)
5 cm kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
2 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
3 bhgn boneless chicken (beli yg da siap pack - kalau nk daging pun blh)
8 biji kentang
seikat daun sup (dalam 50 sen)
5 sudu besar serbuk kari (bancuh dgn air utk jd pes)
1/2 cawan susu segar/susu cair
garam secukup rasa
Cara-cara:
Kulit:
1. Campur semua tepung dalam bekas. Gaul rata dan masukkan garam.
2. Masukkan minyak dan marjerin yg sudah dipanaskan (tuang minyak+marjerin yg masih panas). Gaul rata hingga sebati.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil kacau adunan supaya menjd doh yg lembut. (jangan terlebih air, nnt lembik dan melekat2 - kalau terlebih, tambah tepung dan uli lg)
4. Doh yg sudah siap diletakkan dlm bekas dan simpan dlm peti sejuk selama 1 jam utk adunan sebati. (xsimpan dlm peti sejuk pun xpa)
~ Doh yg sudah siap dibulat2kan dan diletakkan dlm peti sejuk ~
Inti:
1. Kentang dipotong dadu dan ayam dipotong kecil-kecil. (kalau daging potong nipis-nipis)
2. Racik (potong) daun sup. (sederhana, xterlalu halus dan xterlalu besar)
3. Panaskan kuali dan tuang minyak utk menumis.
4. Apabila minyak panas, masukkan bahan kisar, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga. Tumis hingga naik bau.
5. Masukkan pes kari dan kacau sehingga garing.
6. Masukkan kentang dan gaul rata. Kemudian, masukkan ayam. Gaulkan semua bahan supaya rempah kari sekata.
7. Tambahkan sedikit air dan masukkan susu. Masukkan daun sup (separuh dulu, dah hampir kering masuk separuh lg). Gaul sampai rata dan masukkan garam. Biarkan sehingga kering atau kentang empuk. (Kalau da kering n kentang masih xempuk, tambah air. If kurang masin, tambahkan garam sewaktu msh basah, jgn apabila sudah kering).
8. Sejukkan inti yg sudah siap. Setelah sejuk, ambil doh dan bulatkan kecil2. Canai atas dulang/permukaan rata. (Guna kayu pencanai tu senang..doh jd rata n nipis. Sebelum canai tabur sdkt tepung atas dulang n atas kayu pencanai)
9. Letakkan 1 1/2 sudu kecil inti di tengah2 dan tutup inti dgn doh yg dicanai. Kelim tepi karipap dan letakkan atas dulang lain. (Permukaan dulang disapu minyak sedikit supaya karipap x melekat)
10. Goreng karipap dgn api sederhana n then...boleh makan!
Goreng bberapa biji ke dulu, yg selebihnya difrozenkan. Disebabkan inti masih ada lagi, so aku pun jdkan inti tu utk popia pula. Kulit popia mmg da beli awal2 dan simpan dlm fridge. Keluarkan skejap je utk nyahbeku...then da blh letak inti.
~ letak kulit popia segitiga mcm ni, then letak inti kt tgh ~
~ lipat bhgn bawah ke atas ~
~ lipat bhgn kanan dan kiri ~
~ gulung sampai ke atas ~
~ setelah digulung (letak telur yg dh dipukul atau tepung yg dibancuh pd hujung kulit popia utk lekat)~
Both popia n karipap difrozenkan...senang kalau ada tetamu yg nk dtg buka nnt, n blh bw bekal utk ayah blk indon...selamat mencuba!
~ susun dlm bekas utk frozen ~
No comments:
Post a Comment