Pages

Tuesday, August 7, 2012

My Apple Pie

Salam alayk...

Memandangkan ayah blk wkend lepas...aku mmg plan nk prepare sumthng utk ayah...awalnya plan nk masak n berbuka puasa di rumah....tp along nk jamu kami kt few places so plan berbuka di rumah cancel...ahad petang ayah akan blk indon semula so dlm kepala ms tu fikir nk buat sumthng yg simple n ayah boleh bw blk indon utk rasa...buka fridge n terpndangkan epal hijau yg da agak lm beli dan masih byk...then ada pulak ready made pastry...so mmg trus tinggg! terbayangkan apple pie!Sbb da ada ready made pastry, so trus letak je inti, tp inti ada lbh so pastry tu pun boleh dibuat sendiri...

Share recipe kt cni utk yg lain cuba n specially for my beloved uncle Mohamad Raffee utk cuba, try, test..n bg ili rs kan?  hehehe...

Homemade apple pie(anggaran utk 16 biji apple pie):

Bahan-bahan untuk inti (filling):
8 biji apple hijau (dipotong dadu)
5 sudu besar gula pasir
**ikut kesesuaian utk manis...kalau nak lg manis, tambahkan lg gula, or add 2 sudu besar gula perang...ms buat ni xda gula perang, so guna gula pasir je
2 sudu besar butter
Serbuk kulit kayu manis (cinnamon)
**sebab xda serbuk, so guna kulit kayu manis n parutkan
2 sudu besar tepung jagung (dibancuh)

Bahan-bahan untuk pastry:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan butter beku (potong kecik2)
1/2 cawan susu segar (sejuk)
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara:
Inti/filling:
1. Cairkan butter dalam periuk.
2. Masukkan gula dan apple. Kacau rata. Masukkan sedikit air sekadar tutup apple.


3. Parut cinnamon atas apple dan gaul rata dgn semua bahan dlm periuk. Rasa sedikit utk tentukan kesesuaian rasa manis.


4. Apabila apple sudah hampir lembut, masukkan tepung jagung utk pekatkan. Kacau dan tutup api.


5. Tuang inti dalam mangkuk dan sejukkan pd suhu bilik.



Pastry:
1. Ayak tepung gandum. Masukkan garam dan gaul rata.
2. Masukkan butter dan gaulkan menjd seperti serbuk roti.
3. Masukkan susu sedikit demi sedikit sehingga doh menjadi lembut tetapi sedikit liat.
4. Canai doh dan bentukkan mengikut kesukaan anda. Untuk apple pie ni, buat bentuk square n blh letak filling kt tgh2, then lipat dua je.

**Awalnya guna ready made pastry yg dibeli di Giant. So, kalau malas nk buat pastry sendiri, boleh je bli ready made pastry mcm bwh ni:


5. Apabila inti dah sejuk dan pastry(ready made) pun da lembut, letakkan inti di tgh2 pastry dan lipat dua. 
6. Tekan hujung pastry (tutupkan sambungan) dan pastikan inti tidak terkeluar.
7. Tekan keliling pastry dgn garpu utk corak.


8. Sejukkan dalam fridge utk 15-20 min. Keluarkan dan sedia untuk digoreng.



**Kalau nk bakar, then kelar tengah2 pastry dgn pisau dan sapukan atas pastry dgn kuning telur. Bakar pada suhu 180-190 degree C selama 25min atau sehingga pastry keperang-perangan.


Selamat mencuba!


No comments: