salam alayk...
sambungan dr post sblmnya... bukan setakat 2 kisah yg dinyatakan dlm post lps shj yg ingin aku kongsikan ttp cukuplah skdr 2 kisah sahabat2ku itu yg dikongsikan dulu... melihat kisah sahabat2ku yg lain, byk jg kaitannya dgn cinta & jodoh... cuma kali ini... aku memohon bantuan pengunjung blog utk memberikan pandangan juga nasihat yg bernas utk membantu seorg sahabat yg mmg benar2 akrab dgn diriku mengatasi masalahnya... jg berkaitan cinta & jodoh...
buat yg sudi meluangkan masa, membaca post ini dan memberikan pandangan, syukran jazilan di ucapkan... moga pandangan kalian bisa memberi kekuatan jg semangat buat sahabatku ini... jazakallah!
atr ramai sahabat yg Allah kurniakan kpdku, sahabat inilah yg plg dekat, plg hampir dgn diriku, seolah2 dia adalah aku dan aku adalah dia... umpama kembar seiras yg sukar dibezakan... ttpi sygnya, kami tidak ditakdirkan begitu...
sbg seorg yg plg dekat dgnnya, aku melihat turun naik, jatuh bgn sahabatku ini di depan mata... lepas satu ujian, ujian lain menjengah lg... kadangkala aku rasakan sahabatku ini cekal dan kuat orangnya, ttpi ada kalanya aku melihat dia menjd selemah2nya... ttpi sbnrnya, sahabatku ini mmg orangnya tabah, kuat dan sgt cekal... Allah sedang mengujinya ttg erti cinta... jg mengujinya ttg erti sabar dan dan yg plg utama, Allah benar2 sdg mengujinya ttg erti kemenangan...
sukarnya melihat sahabatku ketika ini... di hadapanku dia bisa mengs & meluahkan sgl kelukaan, kesedihan & kekecewaan yg dialami, ttpi di hdpn org lain, dia menunjukkan kegembiraan, seolah2 dirinya dibaluti kebahagiaan & tiada langsung kerunsingan... manusia apakah kamu ini wahai sahabatku... kekuatan kamu itu... sekiranya Allah mengurniakan kamu kekuatan yg hebat ini, maka aku berdoa, sekiranya aku berhadapan ujian sprtmu, bolehlah aku pinjam secebis kekuatan itu drpdmu wahai sahabat...
hati sahabatku ini sukar hendak ditembusi oleh mana2 rijal, mengagumi dirinya, aku melihat betapa hebatnya sahabatku ini menutup pintu hatinya kpd mana2 rijal yg dtg merisik... cuma benarlah, sehebat mana pun sahabatku ini berjaya menutup pintu hatinya, Allah jualah yg berkuasa membolak-balikkan hati... ditakdirkan Allah... seorg rijal ini yg kukira cukup baik... berjaya menambat hati sahabatku... alhamdulillah... benarlah firman Allah:
"perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki yang keji,
dan lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji(pula),
sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik,
dan lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik(pula)....."
(Surah An-Nur:26)
cukuplah kukatakan rijal itu memang baik, sbg manusia, tiada siapa yg sempurna dan baik keseluruhannya, sekiranya rijal itu ada kekurangan, sahabatku sering katakan, dia lebih byk lg kekurangan... tapi sayangnya, hubungan yg baru nak terjalin itu mendapat tentangan hebat kluarga kedua-dua blh pihak... sbnrnya, hampir 3thn rijal ini berusaha menambat hati sahabatku, tp sahabatku sering menolak krn tdk mahu terjd sbrg konflik... ini krn, pd awal2 lg, ibu rijal ini prnah meng'sms' sahabatku utk tdk menganggu anaknya, sdgkan waktu itu sahabatku tdk tahu apa2 pun, berhubung dgn si rijal apatah sms pun tidak... tiba2 aja dituduh sebegitu, tp sahabatku bersabar... cuma sdkt rs kebencian bertunas kpd si rijal...dsngkatkan crita, spt yg kukatakan, kuasa Allah yang membolak-balikkan hati, sahabatku akhirnya bersetuju utk mengenali rijal itu dgn lbh dekat.
awalnya, kluarga sahabatku tiada mslh ttg ukhwah yg terjalin, cuma mrk sering mengingatkan sahabatku ttg batas2 pergaulan dan ttg impian jg cita2 sahabatku utk menamatkan pengajian dgn cemerlang... cuma, aku sdkt terkilan dgn sikap kluarga si rijal itu, ckup sekadar kukatakan sikap kluarga si rijal itulah yg menyebabkan kluarga sahabatku terus membangkang keras ukhwah yg terjalin... entah kekurangan apa pd sahabatku, sehingga kluarga si rijal seolah2 tdk menerima langsung sahabatku ini, kemungkinan si rijal seorg al-hafiz, bijak pulak, maka sahabatku yg tdk bergelar al-hafizah ini tdk sesuai buat si rijal... barangkali ibu rijal itu khuatir anaknya akan di'sesat'kan... aku kecewa, krn dia tdk mahu mengenali atau memberi pluang buat dirinya mengenali sahabatku... biarlah, aku berdoa mg Allah akan menunjukkan kebenaran satu hr nnt...
krn laluan yg agak sukar, sahabatku ingin mengambil keputusan utk tdk berhubung dgn si rijal lg, tp si rijal benar2 menunjukkan usaha utk terus memenangi ht sahabatku, rijal itu berterus terang ttg keikhlasan htnya utk mnghubungi kluarga sahabatku dan meneruskan niatnya utk memperisterikan sahabatku... sahabatku hampir2 setuju tp msh khuatir krn tahu kluarganya pasti tdk membenarkan, krn pengajian yg msh blum habis jg krn calonnya adlh rijal itu...
niat sahabatku utk berterus terang dgn kluarganya utk mengusulkan pernikahan mrk berdua terbantut tatkala si rijal memberitahu sahabatku ttg sms yg ditrima drpd ibunya... diugut utk tdk berhubung dgn ibunya sekiranya si rijal masih meneruskan perhubungan dgn sahabatku... mendgrkan itu, sahabatku mengambil keputusan utk tdk berhubung lg dgn si rijal, krn sahabatku tdk mahu si rijal yg bergelar al-hafiz itu menjd anak derhaka, malah sahabatku tdk marahkan ibu si rijal yg menuduhnya punca kemerosotan akademik si rijal, malah katanya pdku, dia mengerti ht seorg ibu, lbh2 lg rijal itu anak harapan ibunya... biarlah... dlm ht ini cuma ada rs sayang sbg shbt, msh blum bnr2 jatuh cinta... entahlah, aku sprt tdk mahu percaya kata2 sahabatku itu... kerna aku tahu, betapa dia menyayangi rijal itu sepenuh ht...
diringkaskan, rijal itu menghubungi sahabatku bertanyakan khabar, dan sahabatku jg tdk mahu sengketa yg terjd menwujudkan permusuhan d atr mrk berdua, akhirnya msng2 berstuju utk berkwan biasa lbh2 lg mrk sekuliah... persahabatn yg terjalin itu kulihat tiada masalah, dan aku gembira melihat sahabatku tdk lg berendam air mata... cuma kegembiraan yg kurasakan ini tdk lama krn sahabatku di uji lg...
rijal itu menghubungi sahabatku... dan sempat bergurau ttg 'naik pelamin' kpd sahabatku... rijal itu bertanyakan sekiranya sahabatku itu akan mendirikan rumahtangga dlm waktu terdekat... sahabatku agak bingung tp merasakan ada kelainan dr tulisan rijal itu... akhrnya slps ditanya, rijal itu berterus terang bhw dia akan berkahwin dlm ms terdekat... bagai batu besar menghempap kepala sahabatku... tatkala itu jg air matanya tdk dpt dthn, mengalir deras, aku jd kaget jg mlht sahabatku... ttp slps dia meluahkan sglnya kpdku... aku mengerti...
aku msh ttp kagum pd sahabatku ini... w'pun rijal itu bercerita itu ini ttg calon plhn kluarga jg plhn htnya(aku bingung sbnrnya, cpt benar ht si rijal berubah?kata2 dulu yg diluahkan pd sahabatku itu sekadar mainankah?gaya tulisan rijal itu mmg memperlihatkan kegembiraan dirinya yg bakal bergelar raja sehari...sungguh aku tdk percaya...) sahabatku msh mampu mengucapkan tahniah dan berlagak seolah2 gembira dgn berita yg ditrimanya... pembohongan apakah ini sahabat... aku tau perasaanmu... jgnlah menipu dirimu jg diriku wahai sahabat... sekiranya org lain bisa dibohongi, ttpi aku sbg shbt yg plg rapat dgnmu, tahu kebenarannya...
entah kenapa, sekiranya sblm ini aku seolah hanya mampu simpati & tdk dpt menyelami sepenuhnya ksdhn yg di alami shbt2ku yg lain, ttpi sahabatku yg seorg ini... membuatkan seolah2 sgl kesakitan dan kekecewaan yg dirasakannya itu, aku turut sama merasakannya... sakit yg teramat, kecewa yg meluluhkan ht... betapa byk air matanya tumpah krn perkhabran yg dbawakn rijal itu, begitu jg aku rs byknya air mataku tumpah melihat kesedihan yg dialaminya... Ya Allah, berilah kekuatan kpd sahabatku, sekiranya inilah yg terbaik, maka tabahkanlah hatinya ya Allah... kurniakanlah baginya jodoh yg terbaik, yg dpt membahagiakan dirinya ya Allah, Tuhan Yang Maha Mengasihani, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
aku benar2 tdk sanggup mendengar perkataan akhir yg dluahkannya td... "Demi Allah, saya benar2 mencintai dia!"
aku tdk mahu melukakan lg ht sahabatku itu, cuma htku rasa sungguh sakit dengan tindakan si rijal itu yg benar2 merobek dan mencincang lumat sekeping ht sahabat kesygnku... lalu dgn suara yg cuba kukawal intonasinya, "syaz berharap, kalau beginilah kesakitan yg kamu alami dssbkan rijal itu wahai sahabatku, smg Allah melenyapkan & menghapuskan sgl rasa sayang,kasih dan cinta yg ada dlm ht kamu buat rijal itu, demi Allah, tak sanggup mlht air mata yg kamu bazirkan sdgkan rijal itu sdg sibuk menguruskan hal perkahwinannya jg sdg bergembira bersama kluarganya tika ini. Tenangkan dirimu, istighfar sebyk2nya, ingtlah Allah sentiasa krn hanya ksh syg Allah lah yg kekal abadi buat kita... bercintalah dgn Allah sahabatku, krn kamu tdk akan pernah merasakn kesakitan, kekecewaan dan kesedihan sebegini rupa... syaz tdk akan menyalahkanmu krn mencintai rijal itu, ttpi ajarlah dirimu utk melupakan rijal itu dan singkirkan dia dr htmu... insyaAllah, Allah akan mengurniakan kamu jodoh yg lebih baik drpd dia dan bersyukurlah krn ujian ini tandanya Allah sayang kamu!"
air mataku mengalir jg ketika menuturkan kata2 itu kpd sahabatku... tp aku jg sedar dan tahu... Allah menyayangi sahabatku itu dan Allah juga menyayangi aku!
*(post ini adalah kisah benar bukan direka atau diilhamkan dr mana2)