Pages

Friday, June 5, 2009

Ada Apa Pada Benar?

salam alayk...

Bismillahirrahmanirrahim,
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan bersamalah kamu dengan orang-orang yang benar." ( At-Taubah:119)

sekadar utk berkongsi, juga peringatan buat diri sendiri... dalam ayat yg dinyatakan di ats, terdpt 2 iktibar buat kita... yang pertama: Allah memerintahkan kita utk bersama(erti kata lain berada di klangan) org2 yg benar. Benar di sini blh dikaitkan dgn org2 yg jujur, krn org yg jujur tergolong dlm org yg benar. Org yg jujur yakni yg jujur dlm perbuatan, yg jujur dlm perkataan, yg jujur dlm hati, adlh org yg benar. Oleh itu, amat penting utk kita lihat & pilih org2 utk menjd kwn kita, shbt kita & bersama siapa kita biasa berada sehari-hari.

yang kedua: Jika Allah memerintahkan kita utk berada bersama org2 yg benar, yakni jujur, maka dgn itu kita sendiri perlulah bersikap benar, memiliki sifat jujur. Jgnlah kita hanya pandai utk meletakkan diri dklngan org2 yg benar tp kita sdkt pun tiada inisiatif utk menjdkan diri sndri org yg benar... jgn hanya menyuruh org lain menjd benar sdgkan diri sndri penuh dgn penipuan, kepalsuan... sblm melihat org lain, baikilah diri sndri terlbh dulu... ada dklgn masyrakat kita, yg lbh khusus, dklngn muslim & muslimah yg mengakui diri mereka sbg penggerak dakwah, pandai menuding jari kpd org lain(dlm erti kata sbnr, pandai menegur, kdgkala mengumpat,mengeji pun ada - ini hakikat), ttp sayangnya, diri mrk sndr x dtuding jari trlbh dulu... kata diri penggerak dakwah, jdnya, mengumpat & mengeji sesama muslim adakah ciri2 benar seorg pendakwah? fikir2kan, renung2kan... muhasabah diri kita...

sifat benar & jujur mempunyai kaitan dgn nilai iman seseorg... ayat di atas menunjukkan kaitan atr iman dan kebenaran, maka dgn itulah, ayat di atas dimulakan dgn "Wahai orang-orang yang beriman...". Hadis ini juga mengaitkan iman & kebenaran(jujur) :
"Iman seorang hamba(Allah) tidak akan lurus melainkan(apabila) hatinya lurus manakala hati seorang hamba(Allah) tidak akan lurus melainkan(apabila) lisannya lurus."
(Musnad Ahmad, Sahih, no:2841)


Rasulullah s.a.w menerangkan:
"Sesungguhnya kejujuran menunjuk kepada kebaikan dan kebaikan menunjuk kepada syurga.
Sesungguhnya apabila seseorang itu melazimkan dirinya dengan kejujuran, nescaya dia akan dikenali sebagai orang yang jujur.
Manakala kedustaan menunjuk kepada kejahatan dan kejahatan menunjuk kepada neraka.
Sesungguhnya tidaklah seseorang itu melazimkan dirinya dengan kedustaan melainkan dia dicatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta."
(Shahih Bukhari, no:6094)

Baginda s.a.w juga pernah mengingatkan:
"Ciri-ciri seorang munafik ada tiga. Apabila berjanji ia memungkirinya,
Apabila bercakap dia berdusta dan apabila diberi amanah dia mengkhianatinya."
(Shahih Bukhari, no:6095)

apabila kita menyentuh ttg keburukan sikap dusta, akan timbul persoalan ttg 'bohong sunat'. Bolehkah bohong sunat dibenarkan dlm Islam? Hadis berikut boleh djdkan sandaran berkaitan bohong sunat:
Umm Kalthum binti 'Uqbah berkata, "Tidaklah aku mendgr Rasulullah saw membolehkan kedustaan sedikit pun kecuali dlm 3 hal yg pernah Baginda sampaikan, (iaitu) aku tidak menganggap seseorang sebagai pendusta jika dia mendamaikan manusia, dia mengucapkan satu perkataan yang tidak ingin dia ucapkan kecuali dgn tujuan mendamaikan. Seseorang berbicara berkenaan peperangan. Seorang(lelaki) yg berbicara kpd isterinya dan seorg(wanita) yg berbicara kpd suaminya."
(Shahih Sunan Abu Daud, no:4921)

walaupun hadis di atas membolehkan seseorg berdusta dlm 3 keadaan, namun begitu, para ilmuwan Islam tdk menerima hadis di atas scr zahir dsebabkan byk ayat2 dlm Al-Quran & hadis yg melarang sikap berdusta. Mereka membataskan pengamalan hadis ini kpd suasana terpencil sekiranya semua plhn lain yg melibatkan kebenaran(sikap jujur) telah diusahakan ttp menemui kegagalan. Pengamalan hadis ini jg dilarang sekiranya menyebabkan pengguguran hak org lain & tujuan utk menghalalkan maksiat. Misalnya, 2 org yg bertengkar berkaitan pemilikan barang, lalu kita mendamaikan mrk dgn berdusta sehingga menyebabkan pemilik sbnr khlngn barang itu. Hadis ini jg xbermksd membenarkan seorg suami berfoya2 dgn wanita lain / seorg isteri berdating dgn lelaki lain dan memberikan alasan lambat blk rumah krn byk kerja d pjbt.

skalipun berdusta diblhkan dlm suasana(keadaan) yg terpencil sbg plhn terakhir, perlu diingatkan bhw pendustaan itu hanya memberi penyelesaian yg sementara. Ingatlah, berkatalah benar sungguhpun kebenaran itu pahit!
BestFreeDesign.Com border=

No comments: