Pages

Saturday, June 13, 2009

Sabar... Sabar... Sabar...

salam alayk...

Berkesempatan ziarah ke blog teman2 lain yg dikenali mahupun tidak... tiba2 mataku tertarik pada satu post seorg akh ini yg kukira cukup terkesan... seolah2 post akh ini dtujukan buat diriku... benar2 memberikan aku kesedaran dan semangat utk menjd insan yg lbh baik... title postnya berbunyi... 'Jika Sabar Itu Hempedu, Ku Kemam Jua Menjadi Madu'


Jabir merawikan bahawa Rasulullah SAW ditanya mengenai iman. Baginda berkata, “Iman ialah bersabar dan berlapang dada“. Baginda juga bersabda, “Sabar itu gudang dari gudang-gudang Syurga.” Dalam kesempatan yang lain pula, baginda ditanya mengenai iman lagi lalu baginda menjawab, “Iman adalah Sabar.”

Dari zaman sek rendah sehinggalah kini, kalau menghadapi sbrg ujian & dugaan, ayat yg biasa ku terima dr teman2 jg ahli kluarga... "bersabarlah... sabarlah byk2... sabar itukan sebahagian drpd iman...".

Sukar utk diriku menafikan ttg apa yg dikatakan oleh org2 sekelilingku ttg sabar krn hakikatnya sebahagian besar dari jasad iman itu adalah sabar. Sabar, sabar dan terus sabar tanpa ada jemu dan bosan. Benar spt yg ditulis akh itu, jika aku terus bersabar, Allah tidak akan terus datangkan sesuatu yg baik dgn kadar segera tetapi Allah akan datangkan sesuatu yg baik utk menguji lagi samada aku menanti dgn penuh sabar dan tenang. Allah akan datangkan kegembiraan yg menguji kesabaranku. Kegembiraan, kesenangan dan kebahagiaan yg kukecapi hanya slps ujian memeritkan yg kulalui. Mmg penantian utk mendapatkan kegembiraan itu melelahkan dan menyakitkan tetapi Sabar adalah bentengnya, Al-Quran adalah penawarnya.

Dalam suatu Hadis Atsar dari Ibnu Abbas, ketika Rasulullah mendatangi sahabat dari kaum Ansar, baginda lalu bertanya, “Adakah kamu semua orang mukmin?” Mereka diam membisu. Umar mencelah, “Benar, wahai Rasulullah.” “Apakah bukti imanmu?” Lalu mereka bersuara, “Kami bersyukur ketika senang, sabar ketika ditimpa bala dan rela kepada qada.” Lalu Baginda menjawab, “Sungguh mereka adalah orang mukmin, demi Tuhan Kaabah ( Allah ).”

Macam2 ujian dan dugaan Allah kpdku... kadangkala dgn ujian yg melanda membuatkan aku jd longlai dan lemah... aku rasa tidak cukup kuat utk berhadapan segala ujian ini, kenapa Allah menguji aku dan terus lagi menguji? Syukur, aku msh blum jauh tersasar dan berputus asa, aku sedar Allah sentiasa cuba untuk mengingatkan aku bahawa Dia wujud untuk mengujiku. Masih Dia sayang padaku, masih Dia tidak mahu aku tersisih hingga terjerumus ke neraka jahannam di akhirat nanti. Alhamdulillah, terima kasih Allah. Aku berdoa moga aku tidak akan mudah berputus asa dalam menempuh stp ujian dan dugaan drpd Allah. Firman Allah:

"... dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.
Sesungguhnya tiadalah yang berputus asa dari rahmat
Allah, melainkan kaum yang kafir."
(Surah Yusuf:87)


Firman Allah lagi:
"Janganlah kamu lemah dan jangan pula berduka cita,
sedang kamu orang-orang yang lebih tinggi jika kamu
orang beriman."
(Surah Ali 'Imran:139)

Al-Masih Isa as berkata:

"Sungguh kamu tidak akan bertemu dengan apa yang kamu suka melainkan dengan kesabaranmu terhadap sesuatu yang kamu benci."

Aku mesti belajar bersabar menghadapi ujian dan dugaan yang aku benci untuk tangani. Setiap ujian yg dtg, aku perlu sabar. Jika tidak sabar, bukan saja dapat bala bahkan ujian dan dugaan yang datang itu akan jadi sia-sia tanpa sebarang nikmat iman. Ujian dan dugaan Allah adlh utk menambahkan iman bg orang-orang yg bersabar. Oleh itu... teruskanlah bersabar... sabar dan sabar lagi.

*Syukran kpd akh rusydee atas post yg bermanfaat.Post di atas sbhgiannya dpetik dr blog akh rusydee dan sbhgian lg nukilanku sndr.

No comments: