Pages

Tuesday, November 10, 2009

Ayuh berdoa!

salam alayk...

Terlalu lama xmenulis di blog... final xam mengalihkan tumpuanku utk trus menulis sesuatu yg baru... alhamdulillah, sudah 3paper berjaya kuharungi walaupun diuji dgn selsema dan sore throat... akibat minum air sejuk byk sgt sblmnya... insyaAllah, lg 2paper yg tinggal... moga dipermudahkan Allah utk ku menjwbnya nnt..

Menyentuh ttg final xam, selain drpd usaha yg disemai... kita seharusnya tidak lupa utk berdoa dan yakin kpd Allah... mama slalu mengingatkanku juga kak long sekiranya kami berdebar nk menghadapi xams, bkn setakat final xam, ttpi apa2 jua xam, baik midterm, quizzes ataupun sewaktu ujian memandu... selain berusaha utk stdy, jgn lupa sentiasa berdoa... doa itu sebenarnya senjata terbesar seorg mukmin, malah dgn berdoa juga seseorg itu lebih bersemangat menghadapi ujian... berdoalah kpd Yang Berkuasa Memakbulkan doa, juga jgn lupa utk meminta ibu bapa berdoa utk kejayaan & kecemrlangan kita...

Di ksmpatan ini, aku ingin berkongsi serba sedikit kaedah & adab berdoa, insyaAllah, moga2 bermanfaat. Salam kejayaan & kecemerlangan buat semua shbt2 yg sedang menghadapi final xam skrg ni, bittaufiq wannajah fil imtihan!

Kaedah & adab berdoa:
1.Hendaklah dlm keadaan suci dr hadas kecil & besar selain memakai pakaian bersih serta tmpat berdoa yg selesa.
2.Menghadap kiblat & berdoalah dgn khusyuk tawaduk selain merendah diri kpd Allah.
3.Doa dimulakan dgn membc al-Fatihah atau memuji Allah sekurg2nya, "Alhamdulillahirabbil'alamin" diikuti dgn membc selawat ke atas Nabi.
4.
Berdoa dgn suara yg perlahan dan merendah diri selain mengakui segala kesalahan serta dosa2 yg pernah dilakukan.
Firman Allah yg bermaksud:
"Berdoalah kepada TuhanMu dengan rendah hati dan (dengan suara) perlahan.
Sungguh, Dia tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas."
(Al-A'raf:55)

5. Selepas selesai berdoa, sapukan kedua2 tgn ke muka.
6. Berdoa perlulah dgn penuh keyakinan bhw Allah akan memperkenankan doa kita. Jgn sekali2 berdoa dlm keadaan hati sedang lalai atau kurang yakin.
Rasulullah saw bersabda, maksudnya:
"Berdoalah kamu kpd Allah dlm keadaan penuh yakin Dia akan memperkenankan doa kamu. Dan, ketahuilah sesungguhnya Allah tidak akan memperkenankan doa drpd hati yg lalai atau keluh kesah"
(Riwayat At-Tarmizi)

7. Setiap org Islam hendaklah berdoa kpd Allah ketika dlm kesenangan supaya Allah akan memperkenankan doanya dlm kesusahan.
8.Sebaik2 doa ialah dgn kata2 yg mudah & ringkas serta mempunyai pengertian yg luas, sbg cth: "Ya Allah, Tuhan kami! Kurniakanlah kpd kami kebaikan di dunia wal akhirah dan peliharalah kami dr azab api neraka."
9. Utk memohon sesuatu hajat, ulangi perkara itu sekurg2nya tiga kali.
1
0. Jgn sekali2 berdoa utk meminta sesuatu keburukan/kejahatan, perpecahan/permusuhan dlm masyarakat atau keluarga. Jgn mendoakan keburukan dan kehancuran org lain. Apabila berdoa, jgn meminta sesuatu yg mustahil.
11. Jgn mudah putus asa atau merajuk sekiranya doa masih belum dikabulkan Allah. Sebaik2nya, hendaklah bersabar & terus berdoa selain berserah diri & yakin kpd Allah.
12. Sblm mengakhiri doa, tutuplah doa dgn selawat ke atas Nabi saw selain puji2an kpd Allah.

3 comments:

peguamuda said...

Alhamdulillah...satu post yang begitu bermaanfaat...sesungguhnya doa itu senjata bagi orang mukmin...

syaz said...

Alhamdulillah... mg2 bermanfaat buat abg juga buat ili & shbt2 yg berkunjung ke blog... truskan berdoa ya akh! =)

Anonymous said...

i'll alweiz pray for u