Pages

Thursday, December 27, 2012

DURIAN PIE Untuk Ayah...

Salam alayk...

Ayah blk agak lama kali ni...5 days...dan kebetulan pula we had a stash of frozen durian...before this da buatkan serawa durian untuk ayah...dan xterfikir pun nk buat durian pie ni sbnrnya...masa nak menjamu sdara yg dtg ke rumah dgn chicken pie....ayah berulang kali refer my chicken pie as durian pie...so, mmg da tau la sbnrnya ayah nk mkn durian pie and he requested me to do it for him...dats my dad...dia xminta terang-terang, tp secara halus je...

Memandangkan its my 1st time to do durian pie...and xpnh lg ada experience of doing crust for any sweet pie...tawakkal je la kan...harap2 sedap dan dpt la buatkan ayah something yg setaraf dgn bakery di luar sana tu...cewahhh...perasan btul! Alhamdulillah, luckily menjd dan sedap! (bukan puji diri sendiri ya...mmg betul sedap!)

So, meh nk share my resepi...

Bahan-bahan:
Utk crust/pastry:
350gm tepung gandum
200gm buttercup
100gm gula castor
1 biji telur
1 teaspoon esen vanilla
1 teaspoon salt
Cold water

Filling:
300gm isi durian
50gm tepung kastard
250ml air
100ml susu cair
60gm gula

Cara-cara:
Crust/pastry:
1. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang.


2. Masukkan garam dan telur. Kacau rata.
3. Masukkan tepung gandum dan air. Gaul sebati sehingga menjadi doh. Sekiranya doh hancur dan melekat (xboleh canai), tmbah tepung sedikit demi sedikit hingga doh boleh dicanai. Tekstur doh xterlalu lembik dan xterlalu keras.


4. Uli doh dan tekan dalam acuan pai berukuran 8 inci.


5. Cucuk doh dgn garfu supaya doh xmenggelembung semasa dibakar.
6. Bakar 20min pada suhu 180c atau sehingga doh 3/4 masak.

Filling:
1.Satukan semua bahan dan masak atas api yang sederhana sehingga isi durian hancur. 


2. Sekiranya inti terlebih manis, tambahkan air dan biarkan mendidih sehingga pekat.

Pie:
1. Keluarkan doh yg sudah dibakar dan tuangkan inti.


2. Sekiranya nak pie kelihatan lebih menarik, asingkan sedikit doh yg belum dibakar dan buat jalinan atas pie.
3. Sapukan telur yg sudah dipukul atau biarkan saja.
4. Bakar 10min pada suhu 180c atau sehingga doh menjadi golden brown.

***Kebetulan ada terlebih sikit doh, dpt la buat pie yg kecik...tp abaikan jalinan yg xcantik atas pie tu...tu jalinan org yg malas...supposedly ada teknik yg betul untuk buat jalinan tu...u can google it..selamat mencuba!






Wednesday, December 26, 2012

Chicken Pie

Salam alayk...

Patutnya lama da post pasal recipe chicken pie ni...tp asik bertangguh je...maaf sgt2 pd yg awal2 da bertanya tp masih xda pun lg di blog...so, boleh la cuba buat dgn my resepi di bwh ni ya!

Bahan-bahan:
Untuk pastry:
***Kalau xda masa nk buat pastry, just beli pastry segera brand "KAWAN"...blh refer to my post ttg apple pie utk tau packaging pastry tu...

400gm tepung gandum
200gm butter/mentega - i used buttercup
100ml cold water
A pinch of salt or 1 sudu teh garam
1 biji telur (dipukul)

Untuk filling:
400gm isi ayam dicincang (biasanya agak2 je berat ni sebab measure ikut bowl)
2 ulas bawang merah dicincang
1 tin cendawan butang dihiris
1 batang celery dicincang (nak letak daun bawang or daun sup pun blh)
1 tin Prego carbonara mushroom (guna yg herbs n cheese pun blh)
1 mangkuk kecil mix vegetables
2 tablespoon olive oil
2 tablespoon tepung jagung
50ml air
garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Gaul tepung dan mentega sampai sebati. Masukkan garam dan gaul sampai menjd seperti serbuk roti or soft breadcrumb texture.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh. 
3. Kalau doh masih melekit, tambah tepung sedikit sehingga mendapat doh yg boleh diuli.
4. Bulatkan doh dan simpan dlm petik sejuk selama 30 minit.

~ Doh yg sudah disejukkan dan sedia utk dicanai ~

5. Panaskan kuali dan tuang olive oil. Tumis bawang sehingga naik bau.
6. Masukkan ayam dan celery. Gaul rata dan biarkan air ayam hampir kering.
7. Masukkan Prego carbonara dan air. Gaul rata dan tambahkan garam mengikut kesesuaian.
8. Masukkan cendawan butang dan biarkan mendidih.

 

9. Apabila ayam hampir masak, masukkan mix vege dan kacau sebati. Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan mendidih selama 1 minit.
10. Biarkan filling sejuk pada suhu bilik.
***Jangan letak garam terlalu byk sebab nnt filling da sejuk akan jadi masin.


11. Canai doh dan masukkan dalam acuan pai. Masukkan inti dlm pai dan tutupkan dgn lebihan pastry.
12. Tekan keliling pai dgn garfu dan cucuk permukaan tengah pai.
13. Sapukan telur atas permukaan pai. Bakar pd suhu 180c selama 25-30 min atau sehingga pai menjadi golden brown.



Selamat mencuba!

Wednesday, December 19, 2012

MASIHKAH KAU INGAT?

Salam alayk...

Hr ni mendpt ilham untuk menulis dan barangkali boleh la masukkan dlm novel yg da lama terperuk tu...entah bila punya kesempatan utk siapkan dan terbit...tajuk puisi ni da mcm lagu la pulak...cuma bezanya pd isi puisi tu sendiri...



Masihkah kau ingat...
Sewaktu kita diuji dengan kesedihan dan kesusahan,
Ketika manusia lainnya mengata dan memburukkan kesayangan kita,
Mencerca aku dan kau sehingga air mata kita sama-sama mengalir,
Dek menahan rasa sakit dan marah melihat kesayangan kita terluka,
Kau ada di situ membela aku, dan aku juga berdiri di situ melindungi kau...

Masihkah kau ingat...
Sewaktu aku menjadi kurang waras memulakan sengketa,
Dan kau juga menjadi kurang matang dengan bergaduh sama,
Aku menghamburkan kata yang buat kau terluka,
Kau juga balas dengan sindiran yang berbisa,
Tapi kerana kita sememangnya sekepala,
Cuma waktu tertentu fikiran kita yang berbeza,
Hari ini kita bersengketa, 
Esok kita sudah baik semula...

Masihkah kau ingat...
Sewaktu kau disunting jejaka,
Aku menjadi manusia yang tersangat gembira,
Kelelahan bersengkang mata dan memerah tenaga dengan yang tercinta,
Membuat segala yang kau impikan menjadi nyata,
Menjadikan aku puas apabila melihat kau tersenyum bahagia...

Masihkah kau ingat...
Sedari kecil perwatakan aku dan kesayangan kita memang begitu,
Aku ibarat anak lelaki dan anak perempuan yang bersatu,
Adakalanya tingkah aku seperti anak perempuan yang cukup manis dan ayu,
Dan adakalanya aku menjadi anak lelaki yang sikapnya keras seperti batu,
Kesayangan kita itu walaupun hatinya adakala membeku,
Namun kau dan aku mewah dengan kasih dan perhatian yang diberi selalu...

Masihkah kau ingat...
Setiap kali perkara itu terjadi dan berulang kali,
Pastinya hati aku akan rasa sakit sekali,
Melihatkan kerisauan dan kesedihan di wajah kau yang pucat lesi,
Membuatkan aku dan kesayangan kita tidak mampu bersabar lagi,
Bukan disebabkan ego diri yang kau hamburkan pada kami,
Tapi itu kerana kasih sayang abadi yang kau tak mampu tukar ganti...

Masihkah kau ingat...
Ketika kita bertelingkah rasa dan tidak bertegur sapa,
Aku sangat terluka kerana merasakan kau sudah melupakan aku dan melebihkan dia,
Sehingga aku rasakan kau sudah menjadi manusia lupa diri yang tiada timbang rasa,
Aku menjadi benci dan berharap kau dan dia akan mendapat balasan untuk semuanya,
Tapi kerana kebencian itu bukan sifat aku,
Akhirnya aku tewas juga pada erti kemaafan dan kasih sayang...

Masihkah kau ingat...
Tingkah dia yang menghancurlumatkan hati kesayangan kita,
Malah perbuatan dia dan keluarga begitu meremukkan jiwa,
Aku bukan manusia kejam dan zalim yang menghukum membabi buta,
Walaupun kau selalu kata emosi dan aku bagaikan irama senada,
Segala caci nista kau hamburkan aku telan dan biarkan saja,
Melihat air mata yang sentiasa mengalir dek hamburan kau yang berbisa,
Membuatkan aku sudah tidak mampu lagi membendung rasa...

Masihkah kau ingat...
Pagi yang hening itu cacian yang kau hamburkan padaku,
Setelah sekian lama menahan rasa,
Akhirnya aku juga yang menjadi mangsa untuk kesalahan dia,
Bukannya aku bongkak merasakan diri hebat dan tiada cela,
Tapi segala yang kau lemparkan padaku waktu itu benar-benar membunuh aku,
Barangkali rasa sayang dan perhatian yang aku berikan salah cara,
Sehingga membuatkan kau tega melontarkan kata nista...

Masihkah kau ingat...
Andai aku berdiam diri dan menyepi,
Itu tandanya aku biarkan rajuk berlalu pergi,
Atau aku mahu sampaikan bahawa aku sedang lara dan bersedih hati,
Dan aku akan kembali menghangatkan suasana bersama kau apabila rajuk itu sudah tiada,
Aku akan bernyanyi gembira dan kau pula akan menyambung nyanyianku dan kita sama-sama tertawa,
Adakalanya kita bergurau mesra dan adakalanya kita bergaduh manja...

Masihkah kau ingat...
Waktu dulu ketika kau cuma berdua dengan kesayangan kita,
Ke mana sahaja pasti rasa tidak lengkap tanpa kehadiran aku, kau dan kesayangan kita itu,
Dan apabila kau memilih untuk tidak berada bersama aku dan kesayangan kita kini, 
Aku terkilan kerana aku perlukan rasa perikemanusiaan daripada kau dan dia,
Bukan untuk selamanya tapi hanya seketika sehingga urusanku selesai,
Dan aku tidak akan menyandarkan harapan pada kau lagi,
Kerana aku tahu kau juga sudah ada tanggungjawab yang lebih besar untuk dipikul...

Masihkah kau ingat...
Aku akan menghambur segala yang aku rasa,
Aku akan marah dan mengatakan benci,
Malah aku akan memprotes untuk tidak peduli,
Tapi kemudiannya itu sekadar apa yang dihamburkan ketika amarah menghambat diri,
Aku tidak akan sanggup untuk melemparkan kau jauh dari hidup yang Allah beri,
Aku tidak tega untuk membiarkan luka dalam yang kau beri ini kau juga rasa,
Walaupun aku tahu kau juga terluka,
Tapi biarlah aku begini beberapa ketika,
Berilah luka aku itu cukup waktu untuk pulih dan sakitnya sudah tidak aku rasa,
Istilah dendam tidak sesekali aku hadamkan dalam diri untuk biar kau dan dia sengsara...

Masihkah kau ingat...
Ketika dia melafazkan janji,
Aku sukar untuk mempercayai,
Tapi andai kau yakin benar bahagia itu kau akan dapat,
Aku doakan bahagia itu jugalah menjadi milik kau,
Cuma aku meminta agar kau mendapat iktibar dan jangan biarkan diri kau terus dianiaya,
Andai janji itu dia lupa dan kau sudah tiada siapa,
Janganlah kau lupa bahawa aku dan kesayangan kita akan sentiasa ada,
Sungguhpun suatu ketika jasad ini akan hilang dimamah bumi,
Tapi doa aku selalu akan ada untuk kau,
Kerana darah pada tubuh kau itu,
Mengalir juga pada tubuh aku...
~Bintul Walidain, 19 Dec 2012, 2.00pm ~

Done!Nak sambung pulak dengan assignment yg masih perlu disiapkan...harapnya idea mencurah-curah la jg untuk menyiapkan assignment ni!






Thursday, December 6, 2012

Durian Crepe

Salam alayk...

Disebabkan fenomena durian crepe@durian pancake skrg ni...tetiba terasa nk try la buat sendiri...sbb xsusah pun nk buat...cuma skill nk menipiskan kulit tu je la yg kena improve...entah sapa yg cipta nama crepe tu..so ikut je la kan...tp sbnrnya i think it is better to call it durian pancake...tu bhasa englishnya, kalau bahasa melayu lempeng berinti durian...

Ada yg kata bahan tu nk pakai smpai 5 jenis tepung la, 7 jenis la...byk benor tepungnya tu, for my recipe, hanya 1 jenis tepung je digunakan...alhamdulillah, rs pun sedap je...meh nk share recipe my durian crepe... 

Bahan-bahan:
Untuk kulit:
250g tepung gandum
120ml air
400ml santan
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh pewarna (i used warna kuning, nk buat warna warni pun blh)

Untuk filling:
250ml/ 1 cawan non dairy whipping cream
isi durian

Cara-cara:
1. Asingkan isi durian dpd biji, letakkan dlm bekas dan simpan dlm fridge. (xmasuk fridge pun xpa)


2. Masukkan tepung, air dan santan dlm mixer or blender. Kacau sebati dan masukkan telur.




3. Masukkan garam, gula, esen vanilla dan pewarna. Kacau sebati.



4. Tapis adunan td. (kalau xmau tapis pun blh, kalau tapis tu utk dapat tekstur yg lebih halus)
5. Panaskan non stick pan (yg leper). Sapu sedikit saja myk sayuran atas permukaan pan tu. (guna brush n sapu skali je dah memadai)
6. Tuang sesenduk adunan dan ratakan senipis mungkin. (kalau da expert, leh la menggerakkan pan tu utk menipiskan lempeng)


7. Ulang langkah 6 sampai adunan habis. Jangan tindihkan lempeng tanpa alas plastik sbb lempeng akan lembap. (lempeng yg panas akan membuatkn lempeng yg sejuk lembap)
8. Biarkan lempeng ats pan sampai permukaan atas tu kering. Xperlu terbalikkan lempeng sebab permukaan atas tu akan jd kulit luar utk durian crepe. 
9. Pukul whipping cream dlm mixer sampai kental. Whipping cream xblh dibiarkan terlalu lm sbb tekstur tu cepat berubah. 




* guna brand ni...n rsnya ok, xterlalu manis n xperlu nk tmbah gula lg

10. Ambil sekeping lempeng td (yg bhgn bwh lempeng) dan letakkan whipping cream. Letak isi durian atas whipping cream tu dan tutup isi durian dgn whipping cream lg.



11. Lipat menjd bentuk bantal dan letakkan atas paper liners/baking liners. Susun dalam bekas atau piring dan sejukkan dlm fridge selama 30 min atau lebih.



Selamat mencuba dan menikmati durian crepe!

***Mana la tau kalau blh buat bisnes sampingan pulak kan disbbkan fenomena durian crepe ni...




Wednesday, November 28, 2012

Bila hati ingin berbicara...

Salam alayk...

Pertamanya ingin mohon maaf pd org2 yg telah diberikan janji utkku post tentang mcm2...tp sampai saat ini masih belum tertunai janji itu...mohon maaf sgt2 pd anda yg berkenaan...InsyaAllah...akan cuba mencari ruang utk menulis hal yg dijanjikan...

Apabila byk yg ingin dibicarakn, tapi masa tidak cukup utk membolehkan diri menulis apa yg hati rasa...dengan lambakan assignments, exams, presentations dan juga segala ujian yg datang setiap hr dlm hidup membuatkan tenaga-tenaga dlm tubuh ni terasa digunakan semaksimumnya...

Namun, aku masih mampu bersyukur...dgn apa yg dihadapi dlm hidup, dgn apa yg Allah berikan...baik kegembiraan mahupun kesedihan, baik kesenangan mahupun kesusahan...semua itu mendidik aku menjd insan yg lbh baik...memberikan aku lbh byk peluang menjd anak yg berbakti pd keluarga...InsyaAllah

Ujian itu memberikan aku rasa kehambaan dan rasa bertuhan...


Biarkanlah apa yg mahu terjd...andai permintaanku xditunaikan kali ini, pasti Allah akan memberikan yg lebih baik...cuma aku berdoa Allah tidak menjdkan aku spt itu...

***Sedang mengajar hati utk tidak terus bersedih...Allah kan ada!

Thursday, October 4, 2012

Recipe for Jell-O...

Salam alayk...

Mohon maaf la sgt2 sbb lm sungguh nk berkongsi resepi jell-O kt blog...da ramai yg bertanya dan asyik bertangguh je nk share...alhamdulillah, hr ni dpt la berkongsi resepi jell-O tu...selamat mencuba!

Jell-O is easy to make n great for parties...omputih mmg suka buat jell-O ni n they called  it Jello shots (shots tu sbb diorg campur vodka...so for us Muslims, no need la nk campur all those things yg akan meng'shot' kan kepala...but for non-Muslims friends, mayb u can just try adding vodka...but bear in mind - cannot give Muslims friends to eat)

For me, I just love doing it with oranges...cantik n senang...but u can try with watermelon, pineapple or any other fruits yg kulit keras...so that it is easy to make the skin of the fruit as your mold (acuan). Later I will try with watermelon n let u taste...ok? ^___^

Jell-o orange:
Ingredients (bahan-bahan):
2 boxes of agar-agar Jele original flavor (Nona brand)
12 oranges (Sunkist)
Any coloring

Steps (cara-cara):

1. Wash the oranges and peel of any sticker on the skin. Put in a basin or big bowl.
I've tried with several types of oranges...the Sunkist oranges are the best and perfect for the jell-O. U can buy the oranges in Giant, Tesco or any other supermarkets.

~ ada yg jual sebiji-sebiji, yg ni ada 1 pack skali, 8 biji ~


~ bersihkan buah oren n make sure buang pelekat yg ada tulis 'Sunkist' tu ~

2. Cut the oranges in half. Cut through the stem and scoop out the flesh using a small spoon. Make sure u scoop it carefully. Potong buah oren ikut tanda buah yg da ada lebih senang. Then, ambik pisau potong urat putih atas dan bawah dan keluarkan semua isi oren.

~ Potong dua macam ni n the white stem can be seen ~


~ Scoop out all the flesh. Yg belum expert kena slow2 keluarkan sbb nnt blh terkoyak kulit oren ~ 

3. Put aside the flesh in a medium bowl. U can use it later to add in the jell-O or save it for fresh orange juice. If u want to add in the jell-O, squeeze the flesh until u get the needed juice. Leave the pulp for a better taste. Isi buah oren yg da dikeluarkan semua blh disimpan utk buat fresh orange juice atau blh blend dan masukkan dlm agar2 utk rasa oren.

~ bila scoop isi oren dgn betul, isi tu akan keluar bulat sekali mcm ni...xhancur ~

4. Place the hollowed orange skins on a baking pan or muffin tin. I just placed them on a baking pan coz I don't have a muffin tin n the oranges are a lot, so one muffin tin won't be enough. Susun kulit oren atas loyang atau bekas muffin. Kalau ada banyak bekas muffin ok, tp kalau xda, lebih senang guna loyang sbb blh susun byk terus.


5. Add 400ml of water in a pot (if u want to make 2 layers of jell-O, orange and any other flavor/color, then use the orange juice earlier. Up to u to use 400ml of orange juice(OJ) or make it 200ml OJ and 200ml plain water). Some people don't really like the taste of real OJ, so I usually use 300ml OJ and 100ml plain water. Renehkan 400ml air atau campuran jus oren dan air (terpulang sukatan nk buat berapa), ada yg suka rs masam oren jus, ada yg xsuka, so boleh agak la berapa nk letak, asalkan 400ml.

6. Pour the Jelle into the pot. Nona brand jelle is easy to cook coz u just have to add into the water n no need to add any sugar. I suggest u to buy the original flavor coz when u want to add any fruits or mix it with any juice, it will taste better. But if u plan not to mix with any juice, u can buy any flavor (strawberry, mango, pandan, orange). Beli perasa original lebih baik sebab nk campur dgn jus oren dan letak buah2an campuran rasanya lbh sedap. Tapi kalau x, boleh je beli yg da ada perasa.



~ Nona brand, original flavor - 1 box is enough for 12 oranges (already cut half). I use 2 boxes for 2 layers jell-O, for 24 oranges (already cut half) ~
~ 1 kotak utk 12 biji oren yg da potong 1/2 ~

** If u hv 12 oranges(already cut half) n u want to do 2 layers jell-O, then divide the jelle into half (45g for orange, 45g for any other flavor/color). 

~ There are instructions at the back of the box on how to cook the jelle. Stir the jelle and add any coloring you want (for my jell-O, i use orange for the orange flavor on the bottom n green/red for the upper layer ~


7. Pour the jelle mixture into the hollowed skin oranges. If u r planning to do 2 layers, then pour only half into the skin. If not, just fill all oranges up to the brim. Put the oranges into refrigerator or let it cool to room temperature for about 25-30mins. Press down on the jell-O with ur finger to check it. If ur finger sinks into it, continue chilling, if not, u can put any fruits on it. Tuang agar2 ke dalam acuan kulit oren. Kalau nk buat 2 layer, tuang separuh je n biarkan sejuk. 

~ Tuang separuh saja (kalau nk buat 2 layer, kalau x tuang penuh semua) ~

8. Cook another jelle as in step 7, and pour the jelle up to the brim of the oranges. Take note that u should put ur fruits first on the 1st layer of jell-O, then u can pour the 2nd layer jelle mixture. Put the oranges into refrigerator for 40-60mins.   Masak jelle sama sprti langkah 7, dan letakkan buah2an dulu atas lapisan pertama jell-O yg da keras sebelum tuang lapisan yg kedua. Biarkan sejuk dalam peti sejuk selama 40-60min.

~ Bila 1st layer da keras, susun buah. Ikut suka nk letak buah ke nata de coco ke ~

~ Tuang 2nd layer on it ~


~ Da siap tuang 2nd layer n biarkan sejuk ~

9. Once solid, slice each half into 2 wedges. Serve and enjoy! Selepas da beku, potong oren dua. Hidangkan dan nikmati!

~ Orange + lychee ~




~ Orange + peach ~

Selamat mencuba!


Wednesday, September 12, 2012

All about makan-makan...

Salam alayk...

Sungguh lama xmenulis di blog sehinggakan rasa janggal apabila kembali menaip pjg2...Disebabkan vitamin M sudah semakin bertimbun dlm tubuh ni...nk buat review sekaligus tentang ifthar spjg Ramadhan yg lalu...

First ifthar dgn all family members...rasa happy sgt2 sbb ayah blk dr indon n sambut Ramadhan di sini...so, kami pun ke Restoran Sajian Wadihana Islamic Kitchen di Bdr Baru Bangi...awal Ramadhan masih ala carte, tp da pertghn Ramadhan buffet...restoran ni mmg bagus sgt2...servis, rasa, harga semua memuaskan...ada surau pmpuan dan lelaki disediakan...kalau bln puasa or wkend, seeloknya buat reservation takut xda tempat...


~ ada cntact num n address...so leh la try g sana ~



~ mmg biasanya order steak...dgn air lai chi kang yg sedap!~


~ ni lauk pauk yg kami ambik utk buffet ~

Few days selepas rs malas nk memasak...dan nk sambut anniversary mama ayah...so ajak skali family aunty join kami berbuka di Restoran Ana Ikan Bakar, Bdr Baru Bangi. Kt Kuantan pun ada juga restoran ni...cumanya masakan kt sini xda la xsedap, ok cuma ada tmpt lain yg lbh sedap lg pernah mkn...terpulang pd diri masing2 sbb lain org lain rasanya...ada yg kata sedap, ada juga yg kata biasa je...terlupa nk ambik gmbr food kt sini tp sempat ambik gambar menu je...


~ kena buat booking juga sbb mmg penuh yg amat...n blh buat order skali dgn reservation ~


~ suka lala masak manis...ikan bakar not so...surau is provided ~

Esoknya aunty pulak ajak g berbuka kat Restoran Nasi Ulam, Bdr Baru Bangi jg...asik area BBB je kan...sbbnya yg terdekat dgn rumah dan byk pilihan tmpt mkn...Nasi Ulam pun buffet juga cumanya bila food da abis xtambah pun...so what for guna word buffet kan? Macam sekali ambik je da abis...kalau org lain yg terlambat ckt sampai xdpt la nk rasa...tp food sedap la...cuma xda surau n terpksa g solat kt tempat lain...mujur masjid nearby.


~ sebelah Amani Hotel n sederet dgn Steamboat Antarabangsa ~



~ ambik gambar food yg ambik atas meja je sbb buffet station da lengang..no more food ~

Few days later, aunty pulak nk belanja berbuka...tp bw jauh sampai ke ampang la pulak...da xmau masakan melayu, dia bw g makanan arab...Restoran Wadi Hadramawt...please make reservation sbb mmg penuh pun, sampai parking pun terpksa bertindih2...ada 2 options, buffet or ala carte...kalau buffet dpt seat kt bwh, kalau ala carte kena naik atas...so kalau bw parents or org tua yg xlarat nk pnjat tngga, agak susah la juga...sian kena panjat tangga tinggi...surau disediakan.


~ restoran yg diubahsuai dr rumah lama ~



~ atr food yg kami order - Mandy chicken, Khabsa Lamb and chicken, kebab ~


~ disebabkan kami 5 org je, so stp hidangan order 1 portion je...takut membazir sbb mmg byk ~

Lastly, along pula bawa g mkn nyonya food kt cyberjaya...Restoran Nyonya Valley...ni address n phone num...kalau weekdays buffet, kalau wkend ala carte...restoran ni mmg sgt best, tmpt pun best, food pun mmg sangat sedap! weekdays kena buat reservation sbb along kata biasanya mmg penuh...kalau wkend xsgt...



Nyonya Valley Restaurant
CyberView Garden, Cyberjaya
Tel: +603-8320 2728

GPS 2.919281,101.666493 


~ entrance ~


~ dalam restoran ~



~ landskap cantik yg blh nmpk dr dlm restoran ~

There are few more restaurants to be reviewed...cumanya xda gambar2 yg sesuai lg...insyaAllah, nx time kalau berkesempatan boleh share...till we meet again!