Salam alayk...
Sungguh lama xupdate blog sehinggakan rs kaku nk menulis...setiap waktu terlintas mahu mencoret apa yg berlaku, tapi apabila Allah xizinkan...sedaya mana pun cuba utk mengambil waktu, tetap xmampu...
Hari-hari yg dilalui...begitu byk yg datang menguji...sehinggakan adakalanya aku rs tewas sbb xmampu nk handle dgn baik dan sewajarnya...mama n my sis dimasukkan ke wad krn Allah memberi ujian kesabaran dan keimanan dlm kesihatan...kudrat yg ada pd diri semaksima mungkin digunakan utk menunaikan tgjwb aku sbg seorg hamba, seorg anak, seorg adik dan seorg pelajar dgn baik...tapi adakalanya aku gagal mencapai yg terbaik itu...maafkan hamba ini ya Allah...maafkan anakanda wahai ayahanda bonda, maafkan adinda wahai kekanda dan maafkan diri ini wahai teman-teman seperjuangan...
Hari khamis itu aku agak lambat menghadirkn diri ke kelas dsebabkan mahu menyiapkan presentation projek utk dibentangkan dan dibncangkan pd kelas mlm itu...wpun rs tertekan dan agak melelahkan, syukur krn presentation itu disukai lecturer dan teman2, malah mendpt persetujuan dr lecturer utk diteruskan, alhamdulillah...
Cumanya, mmg sungguh ada hikmah Allah membuatkanku lmbt ke kelas tempoh hr...odw ke kelas sambil2 mendgr ikim.fm...suara ustaz yg berkumandang begitu menyentuh kalbu...lembut dan mendamaikan...sesekali ada selingan jenaka dlm tazkirahnya...dsebabkan agak terlmbt mndgr, aku xdpt nk tahu gerangan ustaz muda (assume muda based on suara semata2) atau xberapa muda yg sdg bertazkirah itu...
Kisah iktibar yg ust itu kongsikan sangat terkesan dlm jiwa dan sanubari (feeling puitis sekejap!), seorg shbtnya di Singapura adalah org yg biasa2 shj, dr segi solatnya, sedekahnya, tingkahnya...tetapi skrg ini sudah menjd atr bisnesman yg berjaya dan mampu ada ferrari (wpun ust tu kata harga juta tp tetap besi buruk juga...ferrari ke, lamborghini ke, bentley ke, etc...), kira masih biasa...tetapi ada satu hal yg membuatkan ust itu jd kagum dgn shbtnya itu...dr seorg yg biasa2, blh berjaya dan punya wang juta2?...
Shbtnya berkongsi rahsia...dia mmg seorg yg biasa2, tetapi ada satu hal luar biasa yg selalu dilakukannya...tanpa jemu, tanpa keluh kesah...malah dgn ikhlas dilakukannya...apabila ust itu selesai ceramah, shbt td pasti dgn senang ht akan tlg memicit bahu ust td...utk melegakan keletihan sampai adakalnya ust itu tertidur dek sedapnya la shbt tu memicit...Malah, shbt itu bercerita lg, di rumah, dia akan sentiasa peruntukkan beberapa waktu utk tlg pcit ahli keluarganya...ibunya 30 min, ayahnya 30 min, adiknya 30 min, abgnya 30 min...dan begitulah utk setiap ahli keluarganya...sehinggalah ayahnya meninggal dan tinggal adik serta ibunya, maka diperuntukkan pula ms 1 jam utk setiap seorg...MasyaAllah...!
Apabila ditanya oleh ust itu, tidakkah shbtnya berasa letih dan jemu dgn apa yg dilakukannya itu, jwb shbt yg nmpk biasa tp luar biasa sbnrnya...adakalnya rasa itu ada, tapi dlm hatinya dikatakan bhw apa yg dilakukan itu adalah khidmat yg termampu diberikan kpd keluarga kerana dia bukanlah siapa2, tiada yg istimewa...maka hanya dgn memicit ahli keluarga itu shajalah khidmat yg mampu diberikan...Subhanallah...!
Mendgrkan itu, aku rs spt ditampar2 berulang kali...ya Allah...dhaifnya hambaMu ini...tanpaku sedar, apa yg Allah uji aku selama ini sbnrnya tanda Allah benar2 syg dan mahu berikan aku peluang memberikan khidmat kpd keluarga...sbb aku hanyalah manusia yg biasa2, dhaif dlm segala hal...tp kerana sygnya Allah, maka diberinya aku peluang yg sgt byk utk terus berkhidmat kpd keluarga...mendptkn redha mama dan ayah, juga menggapai redha Allah...rs lelah, rs sedih mahupun rs jemu itu harus aku singkirkan jauh2...ya Allah, bantulah hambaMu ini...
Untuk kamu yg aku sygi...waktu ini mmg terasa sukar...Allah sdg menguji kerana Allah sygkan kita bukan...adakalanya mmg aku terkhilaf dlm tindakan...dgn kerendahan hati, aku pohon maaf krn aku mahukan yg terbaik utkmu, utkku dan utk semua...kerana sesungguhnya, aku menyayangimu sepenuh hati dan moga keredhaan Allah dan keluarga sentiasa bersamamu...
1 comment:
aku juga mohon maaf dari mu
Post a Comment