Salam alayk...
Hr ni mendpt ilham untuk menulis dan barangkali boleh la masukkan dlm novel yg da lama terperuk tu...entah bila punya kesempatan utk siapkan dan terbit...tajuk puisi ni da mcm lagu la pulak...cuma bezanya pd isi puisi tu sendiri...
Masihkah kau ingat...
Sewaktu kita diuji dengan kesedihan dan kesusahan,
Ketika manusia lainnya mengata dan memburukkan kesayangan kita,
Mencerca aku dan kau sehingga air mata kita sama-sama mengalir,
Dek menahan rasa sakit dan marah melihat kesayangan kita terluka,
Kau ada di situ membela aku, dan aku juga berdiri di situ melindungi kau...
Masihkah kau ingat...
Sewaktu aku menjadi kurang waras memulakan sengketa,
Dan kau juga menjadi kurang matang dengan bergaduh sama,
Aku menghamburkan kata yang buat kau terluka,
Kau juga balas dengan sindiran yang berbisa,
Tapi kerana kita sememangnya sekepala,
Cuma waktu tertentu fikiran kita yang berbeza,
Hari ini kita bersengketa,
Esok kita sudah baik semula...
Masihkah kau ingat...
Sewaktu kau disunting jejaka,
Aku menjadi manusia yang tersangat gembira,
Kelelahan bersengkang mata dan memerah tenaga dengan yang tercinta,
Membuat segala yang kau impikan menjadi nyata,
Menjadikan aku puas apabila melihat kau tersenyum bahagia...
Masihkah kau ingat...
Sedari kecil perwatakan aku dan kesayangan kita memang begitu,
Aku ibarat anak lelaki dan anak perempuan yang bersatu,
Adakalanya tingkah aku seperti anak perempuan yang cukup manis dan ayu,
Dan adakalanya aku menjadi anak lelaki yang sikapnya keras seperti batu,
Kesayangan kita itu walaupun hatinya adakala membeku,
Namun kau dan aku mewah dengan kasih dan perhatian yang diberi selalu...
Masihkah kau ingat...
Setiap kali perkara itu terjadi dan berulang kali,
Pastinya hati aku akan rasa sakit sekali,
Melihatkan kerisauan dan kesedihan di wajah kau yang pucat lesi,
Membuatkan aku dan kesayangan kita tidak mampu bersabar lagi,
Bukan disebabkan ego diri yang kau hamburkan pada kami,
Tapi itu kerana kasih sayang abadi yang kau tak mampu tukar ganti...
Masihkah kau ingat...
Ketika kita bertelingkah rasa dan tidak bertegur sapa,
Aku sangat terluka kerana merasakan kau sudah melupakan aku dan melebihkan dia,
Sehingga aku rasakan kau sudah menjadi manusia lupa diri yang tiada timbang rasa,
Aku menjadi benci dan berharap kau dan dia akan mendapat balasan untuk semuanya,
Tapi kerana kebencian itu bukan sifat aku,
Akhirnya aku tewas juga pada erti kemaafan dan kasih sayang...
Masihkah kau ingat...
Tingkah dia yang menghancurlumatkan hati kesayangan kita,
Malah perbuatan dia dan keluarga begitu meremukkan jiwa,
Aku bukan manusia kejam dan zalim yang menghukum membabi buta,
Walaupun kau selalu kata emosi dan aku bagaikan irama senada,
Segala caci nista kau hamburkan aku telan dan biarkan saja,
Melihat air mata yang sentiasa mengalir dek hamburan kau yang berbisa,
Membuatkan aku sudah tidak mampu lagi membendung rasa...
Masihkah kau ingat...
Pagi yang hening itu cacian yang kau hamburkan padaku,
Setelah sekian lama menahan rasa,
Akhirnya aku juga yang menjadi mangsa untuk kesalahan dia,
Bukannya aku bongkak merasakan diri hebat dan tiada cela,
Tapi segala yang kau lemparkan padaku waktu itu benar-benar membunuh aku,
Barangkali rasa sayang dan perhatian yang aku berikan salah cara,
Sehingga membuatkan kau tega melontarkan kata nista...
Masihkah kau ingat...
Andai aku berdiam diri dan menyepi,
Itu tandanya aku biarkan rajuk berlalu pergi,
Atau aku mahu sampaikan bahawa aku sedang lara dan bersedih hati,
Dan aku akan kembali menghangatkan suasana bersama kau apabila rajuk itu sudah tiada,
Aku akan bernyanyi gembira dan kau pula akan menyambung nyanyianku dan kita sama-sama tertawa,
Adakalanya kita bergurau mesra dan adakalanya kita bergaduh manja...
Masihkah kau ingat...
Waktu dulu ketika kau cuma berdua dengan kesayangan kita,
Ke mana sahaja pasti rasa tidak lengkap tanpa kehadiran aku, kau dan kesayangan kita itu,
Dan apabila kau memilih untuk tidak berada bersama aku dan kesayangan kita kini,
Aku terkilan kerana aku perlukan rasa perikemanusiaan daripada kau dan dia,
Bukan untuk selamanya tapi hanya seketika sehingga urusanku selesai,
Dan aku tidak akan menyandarkan harapan pada kau lagi,
Kerana aku tahu kau juga sudah ada tanggungjawab yang lebih besar untuk dipikul...
Masihkah kau ingat...
Aku akan menghambur segala yang aku rasa,
Aku akan marah dan mengatakan benci,
Malah aku akan memprotes untuk tidak peduli,
Tapi kemudiannya itu sekadar apa yang dihamburkan ketika amarah menghambat diri,
Aku tidak akan sanggup untuk melemparkan kau jauh dari hidup yang Allah beri,
Aku tidak tega untuk membiarkan luka dalam yang kau beri ini kau juga rasa,
Walaupun aku tahu kau juga terluka,
Tapi biarlah aku begini beberapa ketika,
Berilah luka aku itu cukup waktu untuk pulih dan sakitnya sudah tidak aku rasa,
Istilah dendam tidak sesekali aku hadamkan dalam diri untuk biar kau dan dia sengsara...
Masihkah kau ingat...
Ketika dia melafazkan janji,
Aku sukar untuk mempercayai,
Tapi andai kau yakin benar bahagia itu kau akan dapat,
Aku doakan bahagia itu jugalah menjadi milik kau,
Cuma aku meminta agar kau mendapat iktibar dan jangan biarkan diri kau terus dianiaya,
Andai janji itu dia lupa dan kau sudah tiada siapa,
Janganlah kau lupa bahawa aku dan kesayangan kita akan sentiasa ada,
Sungguhpun suatu ketika jasad ini akan hilang dimamah bumi,
Tapi doa aku selalu akan ada untuk kau,
Kerana darah pada tubuh kau itu,
Mengalir juga pada tubuh aku...
~Bintul Walidain, 19 Dec 2012, 2.00pm ~
Done!Nak sambung pulak dengan assignment yg masih perlu disiapkan...harapnya idea mencurah-curah la jg untuk menyiapkan assignment ni!