Salam alayk...
Lama sungguh xmengupdate blog... akhirnya hr ni diberi kesempatan oleh Allah utk mengambil sdkt ms utk menulis sesuatu... itu pun sbb ada bbrp shbt dh 'sound' biarkan blog ni berhabuk terlalu lama... maaf sgt2, bkn xnk update tapi byk urusan lain yg perlu diutamakan...
Sbnrnya semenjak dua menjak ni Allah menguji aku dgn sakit... definisi sakit yg cukup mendalam malah sgt meninggalkan kesan dlm hidupku... mmg xdpt dinafikan, ada waktu2 yg terskt ht, kdg2 menyakitkan ht org pun ada jg... tp sakit yg kali ni mmg merangkumi semua - sakit badan, sakit hati, sakit dada, etc... tapi aku yakin, ini adlh sebahagian dr ujian Allah utk melihat sejauh mana aku & family tegar menghadapinya... juga utk Allah menunjukkan kpdku & family insan2 yg seharusnya dipercayai & dijauhi...
Sekadar ingin berkongsi dgn shbt2 yg berkunjung ke blog...tidak salah kita berbuat baik kpd org lain, tapi kdg2 perlu juga berhati2... kebaikan yg diberi adakalanya disalah tafsir juga disalah guna... sehingga akibatnya mendatangkan sakit pula pd diri kita... agak menyakitkan ht apabila pekerja bwhan nk memijak kepala majikan, malah sehingga nk menghancurkan kebahagiaan majikan yg byk membantu sblm ni... malah, sgt menyakitkan ht apabila kita betul2 sakit tp ada org yg menganggap kita hanya pura2 sakit...
Kalau diikutkan rasa skt yg ditanggung & rasa skt ht, mmg la nk je balas blk dgn kesakitan juga kpd org yg berkenaan... tapi mujurlah ada shbt2 yg benar2 ikhlas sentiasa bg nasihat & support... mcm salah seorg shbt kesygnku yg selalu mengingatkanku bhw untung sbnrnya bila kita diuji dgn kesakitan... malah mcm kata Ust Hanafi, xsemua org dpt rasa skt mcm yg kita rasa...hanya org2 istimewa sj yg Allah plh utk rasa skt ni... Masha Allah... ayat ust & shbtku yg seorg itu, mmg power thp max la... terkesan btul... sampai mengalir air mata sbb rasa teruk btul diri ni xbersyukur kpd Allah... sbb Allah bg rasa skt ni... tandanya Allah sayang, tandanya Allah nk bg chance bersihkan diri, Allah bg speciality....khusus utk dekatkan diri lg kpdNya... mmg btul la, untung sbnrnya bila kita diuji dgn sakit...
Bila skt, xkira la skt bdn ke skt ht atau apa jg la jenis skt tu... yg plg utama perlu kita lakukan adalah berdoa... kemudian berusaha utk mnyembuhkan skt tu... bukankah doa itu senjata mukmin? Makanya kalau kita mengakui diri sbg seorg mukmin, jgn la putus asa utk terus berdoa dan berdoa kpd Allah... mungkin Allah tidak memakbulkan doa kita dlm ms terdekat tetapi itu xbermakna Allah xkan memakbulkan terus doa kita... sekiranya doa itu tidak dimakbulkan di dunia, Allah akan memakbulkannya di akhirat, insyaAllah... selain itu, jdkanlah Al-Quran sbg sumber utama penwar skt... skt bdn mahupun skt ht... tatkala Allah mengujiku dgn rasa skt yg amat sgt & sdg keseorngan tika itu, ditambah pula dgn rasa skt ht yg meluap2, hanya alunan surah2 Al-Quran yg benar2 mampu memberiku ketenangan & kelegaan dr segala rs skt...benarlah janji Allah:
"Katakanlah (wahai Muhammad) Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan kegelapan yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)."
(Al-Fussilat : 44)
Ingin berkongsi dgn shbt2 di sini, sekiranya kita berada dlm kesakitan, amalkanlah membaca Al-Fatihah & Bismillah-5 sbyk yg mungkin... sekiranya skt itu ada kaitan dgn makhluk2 yg tdk dpt dilihat dgn mata kasar, amalkanlah membaca Al-Ikhlas sbyk 7x dlm satu nafas(trk nafas dlm2 sambil bc Al-Ikhlas 7x dan dihembus kluar)...insyaAllah, moga Allah membr kesembuhan dan moga Allah memberikanku & keluarga serta shbt2 semua kesihatan yg baik utk terus beramal & beribadah kpdNya...
Di kesempatan ini, aku memohon kpd semua pengunjung blog utk mendoakan kesembuhan buat seorg pakcikku yg disahkan menghidap brain tumor br2 ni... sgt terkejut krn orgnya sihat sblm ni & sgt2 baik...kdgkala, Allah memberikan skt kpd org2 yg baik utk menjd pengajaran & iktibar kpd org lain... moga Allah memudahkan urusan buat pak cik aziz dalam operation & terapi yg dijalaninya & memberikannya kekuatan utk menghadapi sgl ujian yg diberikan Allah... insyaAllah.